SINAR HARAPAN INITIATIVES FOR NARRATIVE EMPOWERMENT (SHINE) 2025

 


Program Sinar Harapan Initiatives for Narrative Empowerment (SHINE) 2025 telah dianjurkan oleh Kelab Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Unit Residensi & Hospitality Pelajar serta Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Sekolah Sinar Harapan dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCPP. Program ini telah berlangsung pada 23 Mei 2025 (Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di PTAR, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Pelaksanaan program ini merangkumi beberapa aktiviti utama seperti Larian Amal dan bengkel kitar semula bersama warga OKU Sekolah Sinar Harapan, sesi perkongsian mengenai amalan kitar semula oleh Unit Eko Komuniti MBSP, serta pameran produk upcycling hasil inovasi MBSP. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada bengkel penghasilan produk melalui bahan kitar semula yang dikendalikan oleh MBSP. Program ini juga menyediakan jualan produk kreatif yang merangkumi kraftangan, hiasan rumah dan hadiah eksklusif hasil sentuhan kreatif pelajar Sekolah Sinar Harapan.


































Comments