Pertandingan Robotik Robomania Football Cup 2025

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Robotik Robomania Football Cup 2025 bagi peringkat Negeri Pulau Pinang dan Peringkat Zon Utara, yang telah dianjurkan oleh Tech Dome Penang. Program ini telah berlangsung dari 8 Julai hingga 10 Julai 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP.

Pertandingan ini telah disertai oleh pasukan sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh Pulau Pinang serta wakil Zon Utara, dengan tujuan memupuk minat pelajar dalam bidang robotik, teknologi dan inovasi. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTMCPP selaku tuan rumah Robomania Football Cup 2025.

Penganjuran program ini telah berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan serta mengukuhkan peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran, inovasi dan pembangunan bakat generasi muda. Dokumentasi dan gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat melalui laman Facebook rasmi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.






#robomania #techdomepenang #ptaruitmcpp #libraryuitm #robotik


Comments