A Weekend of Heritage – Celebrating George Town’s UNESCO Story
Program George Town Heritage Celebrations 2025 bertemakan “A Weekend of Heritage – Celebrating George Town’s UNESCO Story” telah berlangsung dengan jayanya dari 5 hingga 7 Julai 2025 di sekitar beberapa tapak warisan ikonik di George Town. Penganjuran program ini telah menghidupkan suasana bandar melalui pelbagai pengisian yang memaparkan keunikan warisan budaya masyarakat berbilang kaum, termasuk aktiviti yang dijalankan di lokasi bersejarah seperti Khoo Kongsi dan Masjid Melayu Lebuh Acheh.
Sepanjang tempoh tiga hari penganjuran, program ini telah menampilkan sebanyak 23 bengkel kebudayaan dan enam persembahan interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat, mempelajari serta terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan warisan. Antara pengisian utama program termasuk George Town Heritage Celebrations Day pada 5 Julai 2025 dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam, George Town Heritage Walk pada 6 Julai 2025 dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi, serta George Town Open House pada 7 Julai 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang membuka akses kepada lapan bangunan warisan. Penganjuran program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran serta penghargaan masyarakat terhadap nilai warisan budaya dan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
#Penang #PenangTravel #PenangExperience #LovePenang #PGT #GTHC2025 #GeorgeTown #GeorgeTownHeritage #DoorsAndDoorways


Comments
Post a Comment