Healing by Colours Corner @ PTAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pelajar yang berasa tertekan dengan pembelajaran atau memerlukan rehat seketika daripada tugasan harian telah dijemput untuk mengunjungi Healing by Colours Corner @ PTAR. Para peserta berpeluang memilih lukisan yang disediakan dengan bayaran RM1 dan mengekspresikan kreativiti masing-masing melalui aktiviti mewarna. Pada akhir aktiviti, hasil karya yang telah diwarnakan menjadi milik peserta.

Program ini telah berjaya memberikan ruang kepada pelajar untuk menenangkan minda serta mengurangkan tekanan sepanjang minggu peperiksaan. Aktiviti ini menerima sambutan yang menggalakkan kerana mampu menyediakan suasana yang santai dan menyeronokkan.

Nota: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah dibuka dari 8.30 pagi hingga 9.45 malam sepanjang minggu peperiksaan.



Comments