RESEARCH WORKSHOP: INTEGRATING GENERATIVE AI & CANVA IN COOPERATIVE PROBLEM-BASED LEARNING (CPBL) STRATEGY FOR ACADEMICS
Bengkel penyelidikan bertajuk “Research Workshop: Integrating Generative AI & Canva in Cooperative Problem-based Learning (CPBL) Strategy for Academics” telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam, Skolar Sdn. Bhd., Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Seberang Perai, serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 Julai 2025, dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP.
Bengkel ini telah disertai oleh seramai 50 orang pensyarah, yang terdiri daripada 30 orang pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang, 10 orang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), dan 10 orang pensyarah Politeknik Seberang Perai. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar daripada Skolar Sdn. Bhd., yang berkongsi pengetahuan serta amalan terbaik berkaitan pengintegrasian kecerdasan buatan generatif (Generative AI) dan Canva dalam strategi Cooperative Problem-based Learning (CPBL) bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.
Penganjuran bengkel ini telah berjaya menyediakan platform perkongsian ilmu serta memperkukuh kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan rakan industri. Dokumentasi dan gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat melalui laman Facebook rasmi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Comments
Post a Comment