A WEEKEND OF HERITAGE – CELEBRATING GEORGE TOWN’S UNESCO STORY
Program George Town Heritage Celebrations 2025 bertemakan “A Weekend of Heritage – Celebrating George Town’s UNESCO Story” telah diadakan bagi meraikan keunikan warisan budaya George Town yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan tradisi. Sepanjang penganjuran program ini, suasana George Town telah dihidupkan dengan pelbagai pengisian yang menampilkan elemen visual, bunyi dan penceritaan berkaitan warisan budaya setempat.
Penganjuran program ini telah melibatkan beberapa tapak warisan ikonik, antaranya Khoo Kongsi dan Masjid Melayu Lebuh Acheh, serta menampilkan sebanyak 23 bengkel kebudayaan dan enam persembahan interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat, mempelajari dan menyertai aktiviti secara langsung. Kemuncak program telah berlangsung pada 7 Julai 2025 menerusi George Town Open House dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, yang membolehkan orang ramai menerokai lapan bangunan warisan. Program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran serta penghargaan masyarakat terhadap nilai warisan budaya dan sejarah George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
#ptaruitmcp #libraryuitm #wishes #Penang #PenangTravel #PenangExperience #LovePenang #PGT #GTHC2025 #GeorgeTown #GeorgeTownHeritage #DoorsAndDoorways


Comments
Post a Comment