JOM BACA – Koleksi Paling Laris di Perpustakaan UiTM!
Inisiatif “JOM BACA – Koleksi Paling Laris di Perpustakaan UiTM” telah dilaksanakan bagi mempromosikan akses kepada koleksi eBook terpilih dan paling banyak dibaca oleh warga UiTM. Melalui inisiatif ini, warga universiti telah diberi peluang untuk mengakses bahan bacaan digital secara percuma menerusi Portal PERMATA, yang boleh dicapai dengan mudah menggunakan telefon pintar atau peranti digital pada bila-bila masa dan dari mana sahaja.
Antara koleksi eBook yang mendapat sambutan tinggi dalam kalangan warga kampus termasuk judul seperti Preventive Cardiology, Netter’s Concise Orthopaedic Anatomy, Law, Liberty, and the Rule of Law, Business Analytics, serta pelbagai lagi bahan bacaan akademik dan rujukan terkini. Penyediaan koleksi ini bertujuan untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga UiTM secara fleksibel dan berkesan.
Bagi memudahkan akses, pengguna hanya perlu melayari Portal PERMATA, memilih bahan bacaan yang diinginkan dan mendaftarkan bacaan tersebut melalui akaun MyReading. Sepanjang pelaksanaan inisiatif ini, pihak perpustakaan turut menyediakan bantuan serta panduan penggunaan melalui perkhidmatan Chat With Librarian yang tersedia dalam portal bagi memastikan pengalaman akses yang lancar kepada para pengguna.
#jombaca #myreading #ptaruitmcpp #libraryuitm


Comments
Post a Comment