HEALING BY COLOURS CORNER @ PTAR
Program Healing by Colours Corner @ PTAR telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu pelajar merehatkan minda sepanjang minggu peperiksaan.
Para pelajar telah berpeluang memilih lukisan dengan bayaran serendah RM1 dan menzahirkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti mewarna. Hasil karya yang telah siap turut dibawa pulang sebagai kenangan.
Aktiviti ini telah memberi ruang kepada pelajar untuk melepaskan tekanan, menenangkan fikiran serta menikmati masa rehat yang berkualiti di Perpustakaan.
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memeriahkan program ini.


Comments
Post a Comment