Program Pengajian Pelancongan daripada Universitas Gunadarma, Indonesia
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima lawatan para pensyarah Program Pengajian Pelancongan dari Universitas Gunadarma, Indonesia bersempena lawatan akademik ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Lawatan tersebut telah diadakan pada 9 Julai 2025 jam 3.00 petang, bertempat di sekitar PTAR UiTMCPP.
Rombongan pelawat telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTMCPP, serta Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP). Sepanjang lawatan, para pelawat telah dibawa melawat sekitar perpustakaan dan turut diberikan taklimat ringkas berkaitan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan akademik serta perkongsian pengetahuan antara institusi pengajian tinggi.


Comments
Post a Comment