Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2025
Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2025 yang disambut pada setiap 9 Jun, Unit Arkib Universiti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Jun 2025 sebagai usaha memperkasa kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan rekod dan warisan institusi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Aktiviti Pengkisahan Sejarah Bergambar: ITM Pulau Pinang di Permatang Pasir yang telah diadakan pada 10 Jun 2025 jam 10.00 pagi bertempat di PTAR UiTMCPP. Dalam aktiviti ini, Unit Arkib Universiti telah menjemput Encik Azlan A. Aziz, salah seorang staf yang pernah berkhidmat sejak era Permatang Pasir bagi membantu proses pemilihan gambar-gambar bersejarah untuk tujuan pameran Sejarah ITM Pulau Pinang.
Selain itu, Sesi Rakaman Lecturer Vibes@Permatang Pasir telah dilaksanakan pada 13 Jun 2025 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, PTAR UiTMCPP. Sesi ini melibatkan rakaman temu bual bersama Puan Marina Mokhtar, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pada hari yang sama, satu lagi sesi rakaman Lecturer Vibes@Permatang Pasir telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Raudah, PTAR UiTMCPP yang melibatkan temu bual bersama Dr. Ahmad Asri And Samat, Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Comments
Post a Comment