Satu Gambar Seribu Memori
UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menyediakan kemudahan penginapan bagi para pelajar. Pada tahun 2004, dua blok kediaman telah dibina di dalam kampus, iaitu Kolej Baiduri (untuk siswi) dan Kolej Zamrud (untuk siswa), yang masing-masing mampu menampung 960 orang pelajar serta dilengkapi dengan kemudahan dewan makan. Gambar yang disertakan memaparkan bangunan Kolej Baiduri, UiTM Kampus Permatang Pauh.
Sumber foto: Unit Arkib, UiTM Cawangan Pulau Pinang
#UiTM #UiTMCPP #unitarkib #UiTMdihatiku #PTARUiTMCPP #memori


Comments
Post a Comment