Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Modul Libray Online Guide PTAR

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah memuat naik sebanyak sembilan modul Library Online Guide setakat ini sebagai rujukan pengguna perpustakaan. 
 
Senarai modul-modul Library Online Guide adalah seperti berikut: 

1.    How to find printed book
2.    How to find exam paper
3.    Endnote
4.    Mendeley
5.    How to reserve book
6.    Online book renewal
7.    Online book recommendation
8.    How to find article
9.    How to find UiTM Thesis 

Modul ini boleh dirujuk dengan melayari pautan berikut:
http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/reseources/144-library-guide-video 

Bengkel OCLC WorldCat Discovery Services

        Pada 12 Disember 2017 (Selasa) satu bengkel tentang penggunaan WorldCat Discovery telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil Perpustakaan UiTM bahagian Utara Semenanjung iaitu wakil daripada PTAR Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Pembantu Pustakawan telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini dikendalikan oleh 3 orang wakil OCLC WorldCat Discovery Services daripada Syarikat NM13.

        WorldCat Discovery ini membolehkan pengguna mencari sesuatu bahan di perpustakaan seluruh dunia tidak kira jenis bahan (buku, eBook, eJournal, Majalah, Jurnal dan lain-lain) hanya dengan mengakses WorldCat Discovery. Ini dapat menjimatkan masa pencarian dan memudahkan kita mengakses bahan yang diperlukan.

        
        Kelebihan WorlCat Discovery ini merangkumi :

        1. Memudahkan pencarian bahan di perpustakaan seluruh dunia dengan satu akses.
        2. Memenuhi kehendak dan keperluan staf perpustakaan untuk mendapatkan rekod MARC.
        3. Menjadikan bahan yang kita ada boleh diperolehi di mana saja.
        4. Menjimatkan masa staf kerana data disimpan dengan link dan senarai A-to-Z yang   
            memudahkan pencarian.
       
        Untuk maklumat lanjut tentang WorldCat Discovery, boleh layari oc.lc/WorlCatDiscovery








En Fatah sedang menerangkan cara-cara penggunaan WorldCat Discovery

Lawatan ke Rumah Mangsa Banjir

Pada bulan 5 November 2017, Pulau Pinang telah dikejutkan dengan peristiwa banjir kilat berskala besar yang melumpuhkan banyak daerah di Pulau Pinang. Ramai juga staf UiTM Pulau Pinang yang terlibat dalam bencana alam ini samada terputus hubungan kerana laluan dinaiki air ataupun terpaksa berpindah kerana rumah kediaman dinaiki air.

Pada 10 November 2017 (Jumaat), beberapa orang wakil staf PTAR UiTM Pulau Pinang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram telah melawat salah seorang staf PTAR UiTM Pulau Pinang yang terkesan dengan insiden banjir kilat ini.

Lawatan ini diadakan untuk menyerahkan sedikit bantuan makanan kepada keluarga Puan Nur Azriena Yusof di Lahar Yooi yang menyaksikan air naik sehingga ke paras pinggang. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh keluarga mangsa.

Semoga dengan kunjungan ini dapat menambah kesepakatan dan memberi kegembiraan kepada keluarga Puan Nur Azriena disamping berkongsi pengalaman terlibat dengan banjir.





Hari Mesra Pelanggan PTAR 2017

Tarikh    :  10 Oktober - 12 Oktober 2017 (Selasa - Khamis)
Tempat  :  Aras 1, PTAR, UiTM Cawangan Pulau Pinang
Program :  Hari Mesra Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

Pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2017, PTAR UiTM cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Hari Mesra Pelanggan PTAR 2017. Program ini merupakan satu platform yang dapat mewujudkan rangkaian perhubungan yang lebih baik di antara perpustakaan dengan pengguna di samping dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan di perpustakaan. 

Antara objektif penganjuran program HMP 2017 ini adalah                                                                                  
      1. Untuk memberi penerangan mengenai perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul  UiTM Cawangan Pulau Pinang

2. Untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah perkhidmatan perpustakaan

3. Mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara staf perpustakaan dengan warga kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang

4. Menyemarak dan menyuburkan minat membaca di kalangan warga kampus

5. Meningkatkan kesedaran pengguna dengan mempromosikan perkhidmatan dan  kemudahan  yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak  UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pelanggan sepanjang 3 hari berlangsungnya program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Malaysia, Teka Buku, Teka Berat Buku, Teka Jumlah Buku, Intai Buku, dan permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.

Diharap dengan adanya program seumpama ini, PTAR dapat menarik lebih ramai pengguna datang ke perpustakaan dan sekaligus menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan.

Gambar-gambar penuh sepanjang program boleh dilihat di pautan Facebook Perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm Cawangan Pulau Pinang











Taklimat Teknikal dan Hands on Migrasi Data Sistem WILS

Tarikh    : 4 - 8 September 2017 (Isnin - Jumaat)
Tempat  : Bilik Mesyuarat PTAR UiTMC Pulau Pinang/Pusat IT PTAR/Kaunter Pinjaman &                                     Pemulangan dan Unit Terlibat
Program : Taklimat Teknikal dan Hands on Projek Migrasi Data Sistem WILS Perpustakaan 
                   UiTM 



Pada 4 - 8 September 2017, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada pasukan teknikal dan pakar WILS (Web Based Library Information System) dari PTAR Shah Alam. Program yang berlangsung selama satu minggu ini melibatkan penerangan dan tunjuk ajar cara penggunaan Sistem WILS yang menggantikan Sistem ILMU. Dengan penggunaan Sistem WILS yang bercirikan "web based", segala perkhidmatan perpustakaan mudah diakses di mana-mana sahaja menggunakan pelbagai internet browser.

Puan Wan Izzatul Fahrah dan Encik Faizal sedang memberi taklimat teknikal sistem WILS






Sesi penerangan bersama Encik Bahroni Moojee

Sesi hands on di kaunter pinjaman dan pemulangan bahan

Sesi hands on di Unit Pengurusan Sumber Ilmu






MISI IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Bahagian 2

Tarikh   :  28 & 29 Ogos 2017 (Isnin & Selasa)
Tempat  :  Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Program :  Misi IQRA' PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

29 Ogos 2017 (Selasa)



Pada hari ke-2 program, kami lebih banyak menumpukan aktiviti-aktiviti bersama dengan 98 orang anak-anak yang berusia bawah 12 tahun. Program kami dimulakan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua kanak-kanak yang dibahgi mengikut kumpulan umur masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mengutip gula-gula (bagi kanak-kanak bawah 7 tahun), menyusun puzzle, isi air dalam botol dan suai padan bendera dengan negeri.

Selain aktiviti sukaneka, satu demo penjagaan gigi juga diadakan untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada kanak-kanak dalam penjagaan kesihatan gigi.

Majlis perasmian program Misi IQRA' ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali. Selepas majlis perasmian, Timbalan Rektor berbesar hati melawat pusat sumber yang telah dibangunkan dan melawat premis kediaman Kanak-kanak Taman Bakti.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan dan pertunjukan silap mata dan belon untuk kanak-kanak di Dewan Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas. Majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

Di harap program Misi IQRA ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan penambahbaikan ruang bacaan dan penambahan bahan bacaan dan seterusnya menggalakkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini lebih dekat dengan buku.


Acara Sukaneka




Demo menggosok gigi dan tayangan cerita pendek






Masa untuk makan ais krim dan ais kacang



Timbalan Rektor UiTM merasmikan Bilik Sumber dan beramah mesra dengan anak-anak




Staf-staf PTAR bergambar kenangan







MISI IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Bahagian 1

Tarikh  :  28 & 29 Ogos 2017 (Isnin & Selasa)
Tempat  : Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Program  : Misi IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

28 Ogos 2017 (Isnin)
Seramai 14 orang staf PTAR (Kampus Permatang Pauh dan Bertam) telah turun padang ke Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas untuk melaksanakan program "Make Over" pusat sumber. Make over ini tertumpu kepada usaha untuk membangunkan dan menambahbaik pusat sumber sedia ada dengan membuat dekorasi ringkas dan penambahan bahan bacaan.








Keadaan Pusat Sumber sebelum "make over" dijalankan. Oleh kerana bilik pusat sumber ini sudah sedia ada dengan kelengkapan asas dan masih dalam keadaan baik, kami mengambil keputusan untuk membuat penambahbaikan dari segi dekorasi dan penambahan bahan bacaan yang tidak mencukupi.





Kerja-kerja pembersihan, pemasangan kertas dinding dan poster serta penyusunan buku-buku baru di dalam almari giat dijalankan.


Staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terlibat dalam "make over" bilik sumber Rumah Kanak-kanak Taman Bakti.

to be continued...








#Post 1

Salam Aidilfitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri  1438 H / 2017 H kepada seluruh warga UiTM.  Ikhlas dari Ketua Pustakawan serta seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),  Maaf Zahir Batin   
#hariraya #aidilftri #salamlebaranUiTM


News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES