Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Lawatan Pemeriksa Luar Bagi Tujuan Pengiktirafan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik ke PTAR UiTMCPP

Pada 16 Februari 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kehadiran Prof. Dr. Badri Abu Bakar dari UniKL sebagai pemeriksa luar bagi tujuan pengiktirafan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) CEEE111 dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) CEEE112. Beliau telah diiringi oleh wakil Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Sepanjang hampir 45 minit lawatan oleh Prof. Dr. Badri Abu Bakar, beliau telah dibawa melawat sekitar PTAR untuk melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR kepada pengguna-pengguna perpustakaan. Taklimat ringkas mengenai PTAR telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP dan diiringi oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan sepanjang lawatan berjalan. Profesor Dr. Badri Abu Bakar turut berkongsi pandangan tentang cabaran perpustakaan masa kini dan kerelevanan bahan-bahan di perpustakaan untuk kegunaan pengguna.

Sebelum berangkat meneruskan lawatan ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr. Badri sempat menandatangani buku pelawat PTAR UiTMCPP dan bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Ketua Pustakawan dan wakil-wakil yang lain.





News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES