Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Projek Sumbangan Buku : 1 Buku 1 Inspirasi MRA Penang


Pada 29 Oktober 2021, telah berlangsung satu majlis penyerahan sumbangan buku tajaan  daripada  BookXcess di bawah Projek Sumbangan Buku : 1 Buku 1 Inspirasi kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTMCPP. 


Tujuan sumbangan ini adalah untuk membantu para pelajar mencari alternatif baru bagi mengurangkan tekanan dan kegelisahan di dalam proses pembelajaran. Di samping itu, projek ini dapat memupuk semangat membaca di kalangan para pelajar.


Sumbangan buku ini telah disampaikan oleh Puan Noorzafiza Zakaria, wakil dari MRA kepada Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram bersama Puan Farleen Azrina Zamberi dengan staf Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan PTAR UITMCPP serta wakil MPP UiTMCPP.







Pengurusan Emosi Pasca Pandemik COVID-19 Bersama AKRAB UiTMCPP


Pada 13 Oktober 2021, melalui platform Facebook, telah diadakan satu bual bicara yang bertajuk Pengurusan Emosi Pasca Pandemik COVID-19 bersama AKRAB UiTMCPP. Program ini adalah program anjuran bersama Unit Kerjaya dan Kaunseling bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan (AKRAB) dan PTAR UiTMCPP.


Ceramah pengurusan emosi kali ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang membincangkan tentang bagaimana kita mengenalpasti emosi-emosi yang mengganggu urusan seharian kita dan bagaimana mencari punca serta mengurus emosi tersebut. Ceramah ini juga memberi pendedahan kepada warga kampus berkaitan kepentingan menjaga kesejahteraan Psikologi dalam kehidupan pasca Pandemik Covid-19. 


Selain itu juga, program ini diadakan untuk memperkenalkan sahabat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) UiTMCPP iaitu Puan Muniroh Hamat dan Encik Muhamad Ismail Mohd Ali kepada warga UiTMCPP. AKRAB ditubuhkan antaranya sebagai pembantu kepada pegawai yang menghadapi masalah di dalam kehidupan  serta sebagai pengantara antara pegawai yang menghadapi masalah dengan pegawai psikologi.


Program yang berlangsung selama satu jam ini telah ditonton sebanyak 318 kali dan disiarkan secara langsung di laman Facebook PTAR Kampus Permatang Pauh dan saluran YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang di pautan berikut https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/1253500695075596 dan https://www.youtube.com/watch?v=rZJf42_cnLo









Pameran Maya : Yang Pertama di Malaysia

Bersesuaian dengan tema kemerdekaan Malaysia yang berlangsung sepanjang bulan Ogos dan September, PTAR Kampus Permatang Pauh telah menyediakan satu pameran maya yang bertajuk "Yang Pertama di Malaysia". Melalui pameran ini, kami menyenaraikan beberapa maklumat menarik mengenai yang pertama di Malaysia mengikut kategori antaranya pendidikan, sukan, penyohor, kesenian dan pengangkutan.

Pameran maya ini boleh diakses dengan melayari laman sesawang PTAR Penang di pautan berikut https://penang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/295-yang-pertama-di-malaysia atau dengan mengimbas kod QR yang terdapat di poster promosi.







Live@PTAR : Open Mic Kilo vs Kalori Bersama HajiBee


Live@PTAR kali ini membawakan Tuan Haji Bahman Jamaluddin atau lebih dikenali dengan nama pena Hajibee, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan dalam segmen Open Mic Kilo vs Kalori. Perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh Hajibee kali ini adalah berdasarkan buku tulisan bersama yang bertajuk Kilo vs Kalori. Buku ini mengisahkan inspirasi dari 'fighter & survivor' bagi yang ingin menurunkan berat badan secara sihat.


Dalam sesi yang berlangsung selama 1 jam ini, Hajibee mengupas secara ringkas kekangan yang terpaksa dilalui oleh orang yang mempunyai berat badan berlebihan antaranya keupayaan fizikal terbatas, mengganggu kerja seharian dan cabaran untuk beribadah dengan selesa. Selain itu beliau juga berkongsi petua-petua bagaimana untuk kurus dan bagaimana untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Bak kata beliau, dalam usaha untuk kurus, yang paling sukar adalah istiqamah dan dalam apa jua perkara yang hendak kita lakukan, hanya ada dua pilihan, hitam@putih, hendak atau tak hendak, rajin atau malas. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. 


Program yang berlangsung secara langsung melalui Facebook PTAR Kampus Permatang Pauh ini  telah mendapat 545 tontonan yang terdiri daripada staf UiTMCPP dan cawangan lain dan boleh ditonton semula di pautan https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/202583281969224








Sesi Perkongsian Bersama Pelajar-pelajar Praktikal di PTAR UiTMCPP

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima seramai 10 orang pelajar praktikal bagi kemasukan bulan September 2021. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar ijazah dan diploma daripada UiTM Kampus Puncak Perdana dan UiTM Kampus Merbok, Kedah.

Sepanjang bulan September, Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan PTAR UiTMCPP telah mengadakan beberapa sesi perkongsian bersama pelajar-pelajar ini untuk menerangkan tentang tugasan yang dijalankan oleh setiap unit selain perkongsian berkenaan artikel-artikel dalam talian dan bicara buku. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar praktikal ini dengan kemudahan atas talian, memupuk budaya membaca dan perkongsian ilmu.


Sesi ini disertai oleh pelajar-peljar praktikal dan juga staf unit yang terlibat di mana sesi taklimat unit disampaikan oleh staf yang bertanggungjawab melaksanakan tugasan di setiap unit contohnya kemudahan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan, pinjaman antara perpustakaan, tatacara memproses buku hilang dan lain-lain. Sesi dijalankan secara maya melalui Google Meet ini diharap dapat membantu pelajar praktikal mendapatkan gambaran bagaimana proses kerja di perpustakaan dijalankan di musim pandemik ini.



Sesi Taklimat Unit Perkhidmatan Pelanggan 13 September 2021 11.00 pagi - 12.00 tengahari



Sharing Session : Book Talk & Article Review by Intern Students, 15 September 2021
2.30 petang - 4.30 petang

Sesi Pembentangan Digital Collection dan Local Content oleh pelajar praktikal bersama Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan
21 September 2021, 10.30 pagi





Sharing Session : How to generate e-certificate


Pada 14 September 2021, satu sesi perkongsian yang bertajuk How to Generate e-certificate telah diadakan melalui platform Google Meet untuk staf PTAR UiTMCPP dan PTAR Perak. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azim Ansori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak.


Dalam sesi ini, Dalam sesi ini, Encik Azim telah menerangkan dan membuat tunjuk ajar bagaimana cara menjana 'e-certificate' dengan menggunakan 'add-on' Autocrat dalam Google. Penjanaan e-certificate ini merupakan satu ilmu yang amat bermanfaat memandangkan sepanjang musim PKP ini, Perpustakaan sering mengadakan program-program atas talian dan sijil pula dihantar kepada peserta proram secara maya. Dengan mempelajari cara menjana sijil dengan lebih cepat, kerja dapat dijalankan dengan lebih efektif.


Sesi perkongsian ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada staf Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan PTAR dari PTAR Pulau Pinang dan PTAR Perak.







PAMERAN MAYA : KEMERDEKAAN MALAYSIA


Sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke 64 serta Hari Penubuhan Malaysia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai pertandingan pameran maya Kemerdekaan Malaysia yang telah dianjurkan oleh PTAR UiTM Shah Alam.  Terdapat 2 tajuk pameran yang telah disediakan iaitu “Tokoh Pejuang Kemerdekaan Pulau Pinang sebelum Kemerdekaan” iaitu Syeikh Abdullah Fahim Syeikh Ibrahim dan “Penubuhan Suruhanjaya Cobbold”.                       

Melalui pameran Tokoh Pejuang Kemerdekaan Pulau Pinang sebelum Kemerdekaan, pembaca dapat mengenali latar belakang serta sumbangan Syeikh Abdullah Fahim yang terkenal dengan ketinggian ilmu Falak, kesusasteraan Arab serta ilmu agama secara khusus seperti fiqah, tauhid, usuluddin dan tafsir Al-Quran.

Sementara itu, bagi pameran penubuhan Suruhanjaya Cobbold pula menceritakan tentang penubuhan suruhanjaya tersebut yang ditubuhkan untuk membuat tinjauan pendapat penduduk Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia dilakukan.

Pameran maya kemerdekaan ini diharap dapat menambah pengetahuan kita tentang tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia dan isu-isu sejarah Malaysia. Pameran ini boleh dilayari di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang di pautan https://penang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/269-kemerdekaan-malaysia.

BENGKEL PELARASAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) DAN LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN (LNPT) STAF PTAR & BENDAHARI UITMCPP


Sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai sasaran kerja tahunan dan laporan nilai prestasi tahunan, PTAR UiTMCPP dan Bahagian Bendahari UiTMCPP telah bersama-sama menganjurkan Bengkel Pelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT).


Bengkel yang berlangsung selama 3 jam di platform Google Meet ini telah disampaikan oleh Timbalan Pendafar Kanan UiTMCPP, Encik Mohd Yazed Abd. Razak. Selain daripada memberi contoh-contoh sasaran tugas dan petunjuk prestasi yang diisi oleh staf, Encik Yazed juga telah menerangkan tentang sistem penilaian prestasi, peranan dan tugas-tugas pegawai penilai dan implikasi pemarkahan Laporan Nilai Prestasi Tahunan.


Bengkel yang disertai oleh seramai 55 orang peserta ini diharap dapat meningkatkan pemahaman staf tentang kepentingan menyediakan SKT dan LNPT yang lengkap dan jelas untuk memudahkan penilaian kerja dibuat oleh pihak atasan.









PAMERAN MAYA : FERI IKON PULAU PINANG



“Eh, saya nak pergi ke Pulau Pinang, bukan ke Pulau Rimau,”


Ini adalah salah satu reaksi pelancong luar apabila pertama kali hendak menaiki feri ke seberang Pulau Pinang. Nampak lucu, tapi pasti kecut perut  takut tersalah naik feri dan sampai ke pulau yang lain.


Selepas berkhidmat selama 126 tahun, perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau akan digantikan dengan bot penumpang bermula 1 Januari 2021.


Pameran maya ini mengupas sejarah perkhidmatan feri Pulau Pinang sejak mula diusahakan oleh Quah Beng Kee bersaudara pada tahun 1894 sehingga kini. Antara topik yang diketengahkan ialah sejarah awal pembukaan , perkembangan perkhidmatan feri, jenis-jenis feri yang ada dan maklumat tambahan tentang pengoperasian feri. Pameran ini boleh dibaca melalui pautan https://penang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/251-feri atau dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster promosi.




SESI “ENGAGEMENT PTAR BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UiTMCPP

Bertempat di Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh, telah berlangsung sesi “Engagement PTAR bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sesi “Engagement” yang diadakan pada 9 April 2021 ini telah dihadiri oleh 39 orang exco serta jawatankuasa daripada kedua-dua perwakilan tersebut.


Sepanjang sesi diadakan, pelbagai topik telah dibincangkan termasuk pengenalan perkhidmatan pelanggan, pengenalan perkhidmatan perpustakaan digital dan semakan pengaksesan “mobile apps” dan MyKM.


Selain itu, sesi anjuran PTAR ini juga bertujuan memberi pendedahan mengenai perpustakaan kepada para perwakilan agar promosi perkhidmatan perpustakaan dapat disampaikan kepada pelajar lain dengan lebih berkesan. Di samping itu , perjumpaan seperti ini dapat mengukuhkan hubungan antara PTAR dengan MPP dan JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sesi ini telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi dan Encik Nurulizwan Amir selaku pustakawan kanan dan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Puan Hayati Mokhtaram.

 




MAJLIS KEMUNCAK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: MISI IQRA PTAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

 

Buat julung kalinya pada 5 April 2021, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Kemuncak Program Khidmat Masyarakat: Misi IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang secara maya melalui laman Facebook Rasmi PTAR Kampus Permatang Pauh. Ianya bertujuan untuk melancarkan Sistem Automasi Pusat Sumber Sekolah (ReCeS-Resource Center System) yang telah dibangunkan oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang serta melancarkan Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah.

Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Air Merah iaitu Puan Hajah Sabarina Said. Melalui ucapannya, beliau merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya pihak PTAR kerana telah membangunakan sistem Reces bagi membantu Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) menguruskan Pusat Sumber Sekolah secara sistematik serta efisyen dalam meningkatkan kualiti pengurusannya.

Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran sistem ReCes dan Program NILAM yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBhg Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang. Majlis yang berlangsung selama 1 jam ini telah menyajikan penonton dengan beberapa tayangan video antaranya video rangkuman aktiviti sepanjang Program Khidmat Masyarakat: Misi IQRA, video panduan penggunaan Sistem ReCes, video aktiviti bersama pelajar iaitu pertandingan mencipta dan mendendangkan pantun serta video pertandingan ulasan buku kegemaran saya.

Adalah diharapkan melalui perkongsian dan Program Khidmat Masyarakat seperti ini dapat menyumbang kepada kemaslahatan bersama bukan berbentuk “one off” atau terus terhenti bahkan akan kekal terjalin sepanjang masa.

Rakaman majlis kemuncak ini boleh ditonton melalui pautan berikut https://www.facebook.com/200402660123005/videos/460369688539892









Blog Archive

News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES