Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

 

Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah secara atas talian pada 26 April 2022. Program yang dijalankan melalui platfom Webex ini telah disertai oleh seramai 92 orang peserta.


Surah Al-Sajdah yang bermaksud sujud dipilih dengan matlamat untuk menjadi panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat "Dunia Berbudi & Penyayang". Fokus surah ini adalah sebagai solusi kepada rasa sombong dan kurang bersyukur dalam diri manusia sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara. Selain itu, dengan pendidikan sujud ini, manusia dapat meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah SWT dan seterusnya membuang ego di dalam diri masing-masing.


PTAR UiTMCPP ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Izlan Abdul Halik dan Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi selaku pemimpin bacaan dan pentadabbur Surah Al-Sajdah. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada YBhg Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang serta semua peserta yang mengikuti program ini. Semoga kita sentiasa istiqomah membaca Al-Quran setiap masa.







Program Read@UiTM Penang 2022 : Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

 

Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan Program Read@UiTM Penang 2022 yang berlangsung pada 21 April 2022.


Aktiviti utama yang dijalankan adalah Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi secara serentak di seluruh Malaysia . Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia yang bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca  selama 10 minit setiap hari.


Selain daripada Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, pihak PTAR turut mengadakan aktiviti perkongsian buku melalui segmen "My Favourite Read", pameran buku bertemakan "Fiction Addiction" dan kuiz Kahoot. Semua warga kampus juga dijemput untuk menghantar gambar membaca mereka walau di mana jua mereka berada melalui Google Form yang disediakan sebagai tanda sokongan serta komitmen masing-masing terhadap program yang telah dijalankan ini.


Keseluruhannya, program ini telah disertai oleh 40 orang staf dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang secara bersemuka dan diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin untuk semua warga kampus dalam memupuk minat membaca.







Kongsi Rezeki 1.0 JSG@PTAR UiTMCPP



Sinergi antara Jabatan Sains Gunaan (JSG) dan PTAR UiTMCPP telah meraikan seramai 35 orang pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) serta Kolej Pengajian Kejuruteraan semester 1 daripada golongan B40 melalui Program Kongsi Rezeki 1.0 pada 22 April 2022 yang lepas. Melalui program ini, sumbangan hamper Hari Raya berserta set hidangan KFC telah diserahkan kepada pelajar oleh Dr. Mohd. Muzafar Jumidali, Koordinator JSG.


Majlis telah dimulakan pada jam 3.30 petang dengan taklimat ringkas mengenai PTAR oleh Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan Unit Perkhidmatan Pelanggan. Kemudian ia disusuli dengan pertandingan kuiz Kahoot kepada para pelajar serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Koordinator JSG sebelum penyerahan sumbangan dilaksanakan.


Program Kongsi Rezeki 1.0 ini dianjurkan sebagai program berkala oleh Jabatan Sains Gunaan UiTMCPP dan penglibatan PTAR adalah untuk menggalakkan para pelajar mengunjungi perpustakaan serta menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan. Semua pelajar yang terlibat berasa seronok berada di perpustakaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke perpustakaan. Semoga program kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat semua pihak.




Lawatan Pre-Mock Audit Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam


Pada 13 April 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan daripada Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman Bin Mohamad Nor daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaku panel lawatan pre-mock audit akreditasi bagi kursus "Bachelor of Engineering (Hons) Civil (Infrastructure) - EC221, Pengajian Kejuruteraan Awam.


Sepanjang lawatan tersebut, taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan PTAR telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Beliau juga telah dibawa melawat kemudahan yang terdapat di perpustakaan antaranya Pusat IT, ruangan bacaan, bilik-bilik diskusi serta koleksi bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku teks dan bahan bacaan umum.


Semoga taklimat dan lawatan berpandu yang telah disampaikan kepada beliau dapat memenuhi objektif lawatan yang telah dijadualkan.

 




Program Kunjung Hormat MPP & JPK UiTMCPP 2021/2022 ke Perpustakaan Tun Abdul Razak

 

Pada 1 April 2022, telah berlangsung Program Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) sesi 2021/2022 UiTMCPP ke Perpustakaan Tun Abdul Razak bertempat di aras 1 PTAR UiTMCPP. Seramai 10 orang ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar dan 19 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah hadir pada petang itu.


Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram. Di dalam ucapan tersebut, beliau berharap kunjungan hormat ini akan mewujudkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak untuk memastikan segala berita dan hebahan mengenai aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan perpustakan dapat disampaikan kepada para pelajar. Selain itu, beliau berharap ahli jawatankuasa MPP dan JPK mengenali pegawai-pegawai di PTAR UiTMCPP supaya hubungan kerjasama berjalan lancar. Sesi kunjungan diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan serta taklimat perpustakaan digital yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi dan Encik Nurulizwan Amir.


Program yang berlangsung selama 2 jam ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan MPP dan JPK dengan pihak perpustakaan serta dapat mencapai objektif yang telah digariskan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.






Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP


Pada 1 April 2022, telah berlangsung Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP secara atas talian melalui platform Google Meet. Sesi yang diadakab bermula jam 10.00 pagi hingga hampir 12.00 tengah hari itu telah disertai oleh seramai lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada para pensyarah JSKM.


Sesi ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan juga jabatan. Selain itu, pertemuan maya ini juga adalah untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan selain mendapatkan maklumbals daripada peserta untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.


Sesi dimulakan dengan taklimat tentang pengenalan mengenai PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi. Selain daripada pengenalan tentang Unit Perkhidmatan Perpustakaan, beliau turut berkongsi maklumat tentang kemudahan dan perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh perpustakaan.


Sesi kedua telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi yang berkongsi tentang proses cadangan pembelian bahan, dasar penyerahan harta intelek UiTM serta perkhidmatan arkib dan penyerahan rekod penting universiti.


Sesi ketiga berkisar tentang penyelidikan, pembelajaran dan rujukan serta perkhidmatan perpustakaan digital telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir. Sepanjang sesi berjalan, para pegawai telah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pensyarah berkenaan kemudahan dan perkhidmatan di PTAR seperti kemudahan pinjaman antara perpustakaan, prosedur pembelian ebook dan penggunaan Sistem PRIMe.


Diharap program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan memberi kefahaman kepada para pensyarah supaya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dapat digunapakai untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.







News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES