Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTMCPP

Program Library Outreach@PTAR bagi bulan Oktober 2020 telah diadakan pada 26 Oktober 2020 bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini dijalankan melalui platform Google Meet dan disertai oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah FKK, ACIS dan staf PTAR UiTMCPP.

Taklimat perpustakaan ini dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu Unit Perkhidmatan Pelanggan, yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohd Azmi, Unit Pembangunan dan Perancangan Bahan, disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir pula telah menyampaikan taklimat tentang Perpustakaan Digital. Harapan PTAR semoga dengan adanya program sebegini, pensyarah akan mendapat maklumat yang jelas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ada di perpustakaan yang dpat membantu pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.









Online Postgraduate Colloquium

Pada 24 Oktober 2020, satu program untuk pelajar postgraduate EMBA Masters semester 3 dan 4 telah diadakan secara atas talian anjuran PPS UiTM. Program ini melibatkan peserta daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang dan pensyarah serta pelajar daripada Yogyakarta State University, Indonesia.


Terdapat dua slot di dalam program ini dan salah satu slot telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan PTAR UiTMCPP yang bertajuk "The use of E-Library in writing Literature Review". Slot kedua bertajuk "Preparing Research Proposal" telah disampaikan oleh Dr. Sutirman S.P.D, M.P.D. Yogyakarta State University. Seramai 55 orang pesserta telah menyertai program ini melalui platform Google Meet.





KKM Modul : Reference Management Software - Mendeley

Satu sesi kelas kemahiran maklumat telah diadakan pada 23 Oktober 2020 tentang "Reference Management Software - Mendeley" yang disertai oleh pelajar-pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan Mendeley. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan  Rujukan, PTAR Kampus Permatang Pauh. Seramai lebih kurang 57 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar telah mengikuti sesi kelas kemahiran maklumat kali ini yang diadakan melalui platform Google Meet. Diharap maklumat yang telah disampaikan bermanfaat kepada semua peserta.





Taklimat Perpustakaan Bersama MPP & JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 15 Oktober 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah mengadakan satu taklimat perpustakaan secara atas talian khas untuk MPP dan JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para peserta taklimat merupakan MPP dan JPK daripada Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam. Seramai 34 peserta telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan terutama mengenai Perpustakaan Digital.


Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Hayati Mokhtaram telah berbesar hati memberikan ucapan alu-aluan dalam sesi taklimat tersebut. Beliau berharap MPP dan JPK dapat meuar-uarkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR kepada semua pelajar dan memanfaatkan segala kemudahan ini untuk tujuan pembelajaran kerana adalah suatu kerugian besar sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak digunakan oleh para pelajar.








Lawatan Kolej Vokasional Butterworth ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Pada 14 Oktober 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada guru-guru Kolej Vokasioanal Butterworth. Rombongan tersebut diiringi oleh Dr. Samsudin Wahab dan Ts. Dr Basharudin Abdul Hadi daripada Unit TVET UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Dr Nor Aminin Khalid daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan. 


Di dalam sesi lawatan dan taklimat ringkas ini, guru-guru terlibat diterangkan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan dan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak PTAR Kampus Permatang Pauh untuk menceriakan ruang di dalam perpustakaan. Pelbagai soalan diajukan berkaitan tentang kemudahan pinjaman bahan dari pihak luar (pinjaman antara perpustakaan) dan perkhidmatan rujukan dan perpustakaan digital telah diterangkan kepada peserta lawatan.








Taklimat EDU 5.0 PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Satu taklimat perpustakaan telah diberikan melalui atas talian kepada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang sempena minggu EDU 5.0 yang berlangsung dari 5 Oktober hingga 9 Oktober 2020. Taklimat perpustakaan ini telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Taklimat meliputi makluman tentang perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang ditawarkan serta kemudahan terkini di musim pasca covid-19 iaitu Perpustakaan Digital. Pelajar yang mengikuti taklimat ini juga berpeluang untuk mengajukan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang ditawarkan.






Program 3E (Expose, Explore, Express) Siri 4/2020

Pada 7 Oktober 2020, telah berlangsung Program 3E (Expose, Explore, Express) siri ke empat anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling, BHEP UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PTAR dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang. Program siri keempat ini bertajuk "Pengurusan Stress di Tempat Kerja" yang dihadiri oleh 40 orang peserta daripada pelbagai bahagian UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program dimulakan dengan ceramah pengurusan stress di tempat kerja yang disampaikan oleh Cik Anis Nadhirah Shafie. Program diteruskan dengan aktiviti di dalam kumpulan termasuk aktiviti kenali emosi melalui warna dan beberapa kuiz dan soal jawab mengenai tahap stress kita di tempat kerja. Program keempat ini menamatkan siri program santai 3E yang dikendalikan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling pada tahun ini. Pelbagai program akan dikendalikan untuk mendekatkan kakitangan dan pelajar dengan unit ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan khidmat kaunseling.






Gotong-royong Pematuhan SOP di PTAR Kampus Permatang Pauh

Bermula Oktober 2020, Perpustakaan Kampus Permatang Pauh telah mula menerima pengguna untuk menggunakan kemudahan di dalam perpustakaan. Semua perpustakaan perlu mengamalkan norma baharu apabila meneruskan operasi semasa dan pasca PKP kerana penularan wabak COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya.


Untuk memenuhi keperluan tersebut, kakitangan perpustakaan telah bersama-sama mengadakan gotong-royong menampal makluman penjarakan fizikal, menyusun kerusi meja dan memastikan kemudahan di dalam perpustakaan dilabel dengan kemas.


Kerja-kerja gotong-royong ini diketuai oleh Pembantu Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, Encik Syarifulanuar Mat Isa dan dibantu oleh staf-staf lain. Selain kerja-kerja menampal makluman, PTAR juga memastikan termometer, "hand sanitizer", borang saringan dan QR code My Sejahtera dan "Contact Tracing Code" telah disediakan di pintu hadapan perpustakaan.







News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES