Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Lawatan Sambil Belajar Sahabat Surau Nurul Iman


PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh - Satu sesi lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung pada 15 Disember 2023 yang lalu. Lawatan oleh Sahabat Surau Nurul Iman, Taman Serai Wangi Fasa 1, Padang Serai, Kulim, Kedah ini telah disertai oleh seramai 41 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bersama 4 orang pengiring yang terdiri daripada kariah Surau Nurul Iman.

Kehadiran sahabat surau ini merupakan jalinan yang julung-julung kali diadakan di antara PTAR UiTMCPP dengan Sahabat Surau Nurul Iman. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas tentang perpustakaan UiTMCPP dan diikuti dengan Program Speed Reading yang dikendalikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan di PTAR UiTMCPP. Program ini diadakan untuk memberi penerangan kepada para peserta bagaimana mengaplikasi teknik bacaan pantas dalam pembacaan seharian dan meningkatkan ingatan dan cara berfikir. Para pelajar juga diberikan latihan asas membaca pantas untuk pemahaman yang lebih baik mengenai bacaan pantas.



Program pagi itu diteruskan dengan aktiviti ExploREAD yang melibatkan 3 cabaran buat pelajar iaitu aktiviti K-A-Ranger Challenge, Card Tower Challenge dan Word Swatter Challenge. Pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan perlu menyelesaikan aktiviti yang diberikan di dalam kumpulan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat berpasukan selain memacu minda kreatif dan pengetahuan ahli kumpulan tentang perpustakaan. Diharap lawatan sambil belajar ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan selain dapat memberikan sedikit gambaran kepada para pelajar tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan di UiTM Cawangan Pulau Pinang.





Rumah Ngaji@PTAR UiTMCPP


Pada 5 Disember 2023 yang lalu, satu perjumpaan bersama wakil penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Puan Hajah Zaiton Zariyah Abdullah bagi pendaftaran Rumah Ngaji PTAR UiTM Pulau Pinang untuk memeriahkan Sudut Iqra PTAR telah diadakan di Bilik Mesyuarat PTAR UiTMCPP.

Pertemuan pertama ini membincangkan aktiviti dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama komuniti serta warga UiTM. PTAR UiTMCPP telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP dan Encik Muhamad Ismail Mohd Ali, Pembantu Pustakawan Kanan. Diharap kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada pengguna perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang.





Kelas Digital Penang Percuma #DahDigital : AI-ChatGPT


Kolaborasi pertama Digital Penang bersama Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 6 Disember 2023.

Kelas Digital Percuma berkenaan 'ChatGPT' telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh. Kelas ini telah disampaikan oleh fasilitator daripada Digital Penang. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran telah mengikuti kelas ini. 

Pihak PTAR UiTMCPP dan Penang Digital telah berbincang dan merancang beberapa lagi Kelas Digital Percuma dalam usaha mendedahkan warga UiTM dan komuniti dengan kemahiran digital asas agar mereka tidak tercicir di arus pemodenan teknologi maklumat dan agenda Digital Negara.




Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar, Langgar, Kedah

Pada 23 November 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima pelawat seramai 80 orang pelajar calon SPM bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar, Langgar, Kedah. 

Rombongan pelawat telah disambut dan dibawa melawat sekitar perpustakaan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP.




Program Santai Catur @PTAR



Pada 25 November 2023, telah berlangsung Program Santai Catur @PTAR anjuran Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan(PSKK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) UiTMCPP dan Kementerian Belia dan Sukan. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah diadakan di Ruang Library Community Engagement, Perpustkaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini telah disertai oleh seramai 84 peserta terdiri dari pelajar dan staf UiTMCPP, murid-murid sekolah sekitar Seberang Perai dan Kulim serta peserta dari agensi/jabatan kerajaan dan swasta. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh: Dr Ahmad Asri Abd Samat, Presiden PSKK UiTM Pulau Pinang.









Program 10K Fun Walk Bersama Rektor UiTMCPP


Bertempat di pekarangan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, telah berlangsung Program 10K Fun Walk Bersama Rektor UiTMCPP pada 17 November 2023. Program anjuran PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Persatuan Wanita Pulau Pinang (PEWANI) UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program Fun Walk ini diadakan sempena Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang 2023 dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pinktober).

Program yang dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, Rektor UiTMCPP dimulakan dengan aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan yang dipimpin oleh Saudara Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri dan diikuti dengan acara pelepasan para peserta Fun Walk yang dilaksanakan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP. Rektor UiTMCPP juga turut serta berjalan diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan mengikuti trek berjalan kaki sekitar kawasan perumahan di luar Kampus Permatang Pauh.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program yang berakhir jam 12.30 tengah hari itu adalah aktiviti gotong-royong memasak mi segera untuk para peserta yang diketuai oleh Encik Muhamad Ismail Ali dan dibantu oleh ahli jawatankuasa PEWANI UiTMCPP. Selain itu, peserta juga turut dijamu dengan air Sunquick yang disediakan oleh van Sunquick yang telah dijemput untuk memeriahkan program. Sebelum bersurai, semua peserta telah mendapat hadiah bertuah daripada pihak PTAR UiTMCPP dan 6 hadiah misteri turun menjadi rebutan pesrta. Hadiah misteri telah disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, Rektor UiTMCPP kepada peserta yang bertuah.





Motivasi Diri bersama SMK Seberang Jaya

Program Motivasi Diri Pembimbing Rakan Sebaya anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCPP telah diadakan di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTMCP Kampus Permatang Pauh. 

Program yang diadakan pada 16 November 2023 ini melibatkan seramai 40 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari SMK Seberang Jaya bagi meningkatkan motivasi belajar dalam kalangan pelajar disamping meningkatkan kemahiran komunikasi dan Soft Skill pelajar.

Slot lawatan dan taklimat perpustakaan selama setengah jam telah dijalankan di bawah bimbingan Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan PTAR UiTMCPP.





Program Misi IQRA 2023 PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang


8 November 2023 – Program Misi IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah pun memasuki siri ke 6 penganjurannya. Pada kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakti, Tasek Gelugor dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program tanggungjawab korporat universiti bagi perkongsian pengetahuan serta memberi tunjuk ajar mengenai teknik bacaan pantas dan kemahiran literasi maklumat kepada 30 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Seawal 8.30 pagi, program telah dimulakan dengan aktiviti Speed Reading oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan bersama 2 orang fasilitator. Aktiviti selama 2 jam ini memberi pengenalan kepada peserta mengenai teknik bacaan pantas melalui taklimat dan juga latihan. Selepas berehat selama 30 minit, program kemudiannya disambung dengan aktiviti Literasi Maklumat yang dikendalikan oleh 4 orang fasilitator terdiri daripada staf PTAR dan pelajar latihan industri serta Pertandingan Resensi Buku.

Sebelum program berakhir, acara penutup telah diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Resensi Buku serta sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat. Melalui ucapan Puan Saliza Zainol selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bakti, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak PTAR atas penganjuran program yang dapat memberi pendedahan kepada pelajar khususnya Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam aktiviti pembacaan serta literasi maklumat. Secara tidak langsung, ianya juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk membuat perkongsian dan berkomunikasi di khalayak ramai terutama semasa perhimpunan sekolah mahu pun di dalam kelas. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada para pelajar serta Guru Perpustakaan dan Media SMK Bakti, Puan Musliha Sahari.




 

InDeLib 2023 (International Innovation & Design in Library & Information Science Competition)




Tahniah & Syabas kepada PTAR UiTMCPP atas penganugerahan Emas bagi projek Resource Centre System (ReCes) sempena InDeLib 2023 (International Innovation & Design in Library & Information Science Competition) yang telah berlangsung di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah.








Gambar-gambar program boleh dilihat di pautan Facebook dibawah:

Program Mobile Library





Satu program  Program Mobile Library telah diadakan  19 Oktober 2023 dari jam 10.00 pagi hingga  3.00 petang di Laman Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinanga


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Peminjaman dan pemulangan buku

2. Pameran Arkib

3. 'Digital Library Reference Desk'

4. 'Online Games'


Gambar-gambar program boleh dilihat di pautan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02kPmTiPQDZKC5ywLXwnjZtTb3kHxbrSXeLSTjy56UnUhvZrusPgtHZW47FsxfYFcql&id=100077937390499&mibextid=Nif5oz


#mobilelibrary #ptaruitmcpp #libraryuitm #pameranarkib #digitallibraryreferencedesk

Speed Reading SMK Jalan Paya Besar, Lunas




Program : Speed Reading
Tempat : SMK Jalan Paya Besar, Lunas, Kedah
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Peserta : Pelajar Tingkatan 5
Fasilitator : Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP

Unlock Your Voice & Speak to Win


Pada 6 Oktober 2023, telah berlangsung aktiviti kemuncak bagi Program Unlock Your Voice & Speak to Win yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP. Program yang dibuka percuma kepada staf yang berminat untuk menambah pengetahuan dan mengasah kemahiran bertutur di dalam Bahasa Inggeris yang telah diadakan selama 12 minggu.

Pada acara kemuncak ini, para peserta diberikan masa untuk bercerita/bersyarah mengenai tajuk yang dipilih di hadapan para peserta, fasilitator dan jemputan lain. Akademi Pengajian Bahasa juga telah berbesar hati menjemput fasilitator jemputan daripada Universiti Sains Malaysia, Dr. Katie Haning.




Lawatan & Perbincangan Team Switch Apple

Berikut adalah butiran aktiviti di PTAR UiTMCPP pada 5 Oktober 2023.

Lawatan & Perbincangan Team Switch Apple ke Ruang Digital Experience PTAR bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar dan Pustakawan Kanan, Encik Nurulizwan Amir

Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Ruang Digital Experience PTAR UiTMCPP




Lawatan oleh Kolej Vokasional, Kulim Kedah


Pada 5 Oktober 2023, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan pelawat daripada Kolej Vokasional Kulim, Kedah. Pelawat yang terdiri daripada 6 orang pengajar di Kolej Vokasional Kulim ini telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Timbalan Ketua Pustakawan dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi selaku Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTMCPP.

Pelawat telah diberikan taklimat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan selain daripada mengadakan perbincangan mengenai perkara-perkara yang odapat dimanfaatkan dan diadaptasi di Kolej Vokasional Kulim. Selain itu, mereka juga telah dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat sendiri suasana perpustakaan.



Taklimat Perpustakaan Sempena Minggu Destini Siswa Sesi September 2023


Pada 27 September 2023 bertempat di Pusat Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang, PTAR UiTMCPP telah dijemput untuk memberi taklimat perpustakaan kepada pelajar-pelajar baharu UiTM Cawangan Pulau Pinang yang sedang menjalani sesi Minggu Destini Siswa. Taklimat yang telah diadakan selama lebih kurang satu jam itu dihadiri oleh seramai lebih kurang 1,428 orang pelajar baharu bagi sesi September 2023.

Antara objektif utama taklimat perpustakaan ini diadakan adalah untuk memberikan pengenalan awal tentang perpustakaan yang terdapat di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ini termasuk mengenai maklumat-maklumat am berkenaan pengoperasian perpustakaan, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberikan penerangan ringkas tentang PTAR Mobile App serta kemudahan pencarian maklumat di atas talian.

Taklimat yang berakhir jam 6.15 petang itu telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, PTAR UiTMCPP dengan dibantu oleh staf Unit Perkhidmatan Pelanggan dan pelajar praktikal.





Program Citra Merdeka

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Citra Merdeka yang berlangsung pada 12 September 2023.

Program kerjasama yang diadakan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala PTAR UiTMCPP dan Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang dalam penyaluran maklumat dan perkongsian ilmu khususnya yang melibatkan urusan arkib. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua belah pihak dengan komuniti setempat yang menyertai program.

Program Citra Merdeka dimulakan dengan Majlis Perasmian dengan kehadiran tetamu  jemputan antaranya YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) bersama isteri, YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang dan YBrs Encik Mohamad Shahriman Sahar, Pengarah Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang. Bersempena program ini juga, YBhg Rektor UiTMCPP telah berbesar hati menyumbang 2 buah buku iaitu Qawam Al-Din: Pada Menyatakan Pendirian Agama serta Sheikh Abdullah Fahim: Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik kepada PTAR Kampus Permatang Pauh. Sumbangan buku ini sebagai simbolik bagi memperingati ketokohan Sheikh Abdullah Fahim seorang ahli falak yang mencadangkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Seterusnya majlis diteruskan dengan perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengenai Pengkisahan Merdeka: Perjalanan yang Berliku. Sesi ini turut dikendalikan oleh Dr. Muhammad Arif Aizat Bashir, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu UiTMCPP selaku moderator. Tan Sri juga turut berbesar hati menyumbangkan 4 sajak nukilan beliau kepada PTAR UiTMCPP dan kemudiannya melawat pameran-pameran yang berlangsung diiringi Rektor UiTMCPP, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pengarah Arkib Negara Malaysia.




Kemeriahan aktiviti Pertandingan Mewarna Merdeka pada sebelah petang telah mengakhiri Program Citra Merdeka. Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 4 tahun – 12 tahun daripada komuniti setempat sangat teruja dengan aktiviti yang disediakan di dalam perpustakaan. Melalui penglibatan komuniti dalam beberapa aktiviti yang telah disediakan secara tidak langsung dapat meningkatkan ketampakan perpustakaan serta ia dapat berfungsi sebagai hab sosial untuk individu yang terlibat.









Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM Cawangan Pulau Pinang

 


Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diadakan pada 11 September 2023 di perkarangan Pusat Islam Kampus Permatang Pauh. Ianya merupakan program kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga PTAR UiTMCPP. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat cintakan negara sekaligus dapat meningkatkan perpaduan integrasi nasional dalam kalangan staf UiTMCPP.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Dekorasi Merdeka, Pertandingan Fotografi Antara Jabatan, Aktiviti Rewang Memasak Merdeka, Sukaneka Permainan Rakyat serta Treasure Hunt Merdeka. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari bahagian dan jabatan di UiTMCPP. Pihak PTAR juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan fotografi dan beberapa acara dalam sukaneka permainan rakyat.

Majlis Perasmian Penutup bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTMCPP. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Sebelum program berakhir, semua staf yang hadir menikmati jamuan makan tengah hari iaitu nasi beriani dan gulai kambing yang dimasak secara rewang oleh AJK serta staf UiTMCPP sendiri.





Teambuilding PTAR UiTMCPP : Bekerja untuk ke Syurga

 


Pada 6 September 2023, warga PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan program "Teambuilding : Bekerja untuk ke Syurga" yang melibatkan semua staf perpustakaan. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah diadakan di Sedim Ceria Resort, Kulim, Kedah. Program kali ini telah melibatkan seramai 22 orang staf PTAR UiTMCPP.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara staf perpustakaan serta menjadi wadah untuk perkongsian maklumat dan pengalaman di antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan lebih rapat bersama Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP yang baru iaitu Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar.

Pengisian program dimulakan dengan sesi bersarapan bersama-sama sebelum persiapan untuk aktiviti berkumpulan yang telah disusun oleh AJK permainan. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang ada. Selepas aktiviti berkumpulan selesai, satu perkongsian bertajuk 'Bekerja sebagai satu ibadah untuk ke syurga' telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar. Satu sesi perkenalan secara santai telah diadakan selepas itu di antara Timbalan Ketua Pustakawan bersama semua staf perpustakaan.



Program yang berakhir sebelum jam 4.00 petang ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terlibat dan juga sesi pertukaran hadiah sesama staf. Di harap program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang dengan pengisian yang bermakna untuk menyemarakkan semangat kerja berpasukan di perpustakaan.


 



Blog Archive

News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES