Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Taklimat Prosedur Operasi Standard Pengurusan Operasi Perkhidmatan PTAR UiTMCPP Semasa dan Pasca PKP Wabak Covid-19

Pada 25 September 2020. satu taklimat persediaan kemasukan pelajar-pelajar ke dalam Perpustakaan (SOP Pengguna-pengguna memasuki Perpustakaan) telah diadakan kepada petugas-petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, PTAR UiTMCPP. 


Semua perpustakaan perlu mengamalkan norma baharu apabila meneruskan operasi semasa dan pasca PKP kerana penularan wabak COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Antaranya ialah dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan dengan kerap, penggunaan "hand sanitizer" dan penjarakan fizikal. Selain itu, staf-staf yang bertugas di kaunter perlu mengetahui tatacara pengurusan kaunter yang selamat ketika pasca PKP ini.


Selain taklimat, perbincangan telah diadakan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong mengurangkan kapasiti meja dan kerusi di samping menampal makluman dan poster yang berkenaan.












Kejohanan Boling Piala Rektor UiTMCPP 2020

Pada 24 September 2020 (Khamis), bertempat di Megamall Bowling Centre, Pacific Perai, telah berlangsung Kejohanan Boling Piala Rektor UiTMCPP 2020 anjuran Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan UiTMCPP (PSKK). Sebanyak 47 pasukan yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan bahagian di UiTMCPP telah mengambil bahagian di dalam kejohanan boling ini.


PTAR Kampus Permatang Pauh juga tidak ketinggalan menyertai kejohanan ini dan telah menghantar dua pasukan (wanita dan lelaki). Kejohanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasukan JKE UiTMCPP dan juga kehadiran ketua-ketua bahagian yang turut sama memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.


Johan keseluruhan pada kali ini telah disandang oleh Fakulti Kejuruteraan Awam. Di dalam ucapan alu-aluan Timbalan Presiden PSKK Tn. Haji Mohd. Sukor B. Md. Yusoff, beliau menggalakkan semua staf UiTMCPP untuk menjadi ahli PSKK kerana banyak lagi aktiviti sukan dan kegiatan riadah yang akan dilaksanakan untuk faedah semua ahli.










Program Santai 3E (Expose, Explore, Express)

Unit Kerjaya & Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dengan kerjasama KKUUiTM dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program  Santai 3E ( Expose, Explore, Express) Bersama Kaunselor Siri 3/2020 bertempat di Aras 1, PTAR Kampus Permatang Pauh pada 23 September 2020. 


Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu tambahan kepada para staf dalam mengenali personaliti diri bagi membantu dalam menjaga kesejahteraan psikologi diri di tempat kerja agar lebih harmoni dan sejahtera. Seramai lebih kurang 30 orang peserta daripada pelbagai bahagian di dalam UiTMCPP telah menyertai program ini. Selain daripada menjawab kuiz personaliti diri dan mendengar ceramah, peserta juga berkesempatan menjalani sesi "one-to-one" dengan kaunselor-kaunselor yang hadir. Selain mendengar ceramah, peserta juga mengambil bahagian di dalam sesi soal-jawab untuk merungkai permasalahan di pejabat dan rakan sekerja.


Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang dan dibantu oleh anak-anak buah beliau. PTAR Kampus Permatang Pauh juga telah mengadakan satu pameran buku-buku berkaitan kaunseling sepanjang program berlangsung untuk para peserta dan pengguna perpustakaan membuat bacaan dan pinjaman. Program Santai 3E sesi 4/2020 akan diadakan dalam masa terdekat di lokasi yang sama.














Sesi Ramah Mesra TNC Hal Ehwal Pelajar UiTM Bersama MPP UiTM Zon Utara

Pada 11 September 2020 yang lalu, telah berlangsung satu majlis sesi ramah mesra YBhg. Profesor Dr. Azizan Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM bersama MPP UiTM Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) di Aras 1, PTAR UiTMCPP.

Kehadiran Prof. Dr. Azizan Abdullah petang itu telah diiringi oleh Timbalan Pendaftar Kanan HEP UiTM, Encik Armyn Fahmy Mohd Fahmy dan Ts. Dr. Mohd Rozaiman Aziz selaku Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Pulau Pinang. 


Di dalam perjumpaan tersebut, pelbagai isu telah diutarakan kepada Profesor Dr. Azizan yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar di UiTM. Beliau mengambil maklum semua isu dan cadangan yang telah dimajukan dan akan mengambil tindakan terhadap cadangan-cadangan tersebut.


Terdahulu beliau telah menghadiri Mesyuarat Timbalan Naib Canselor UiTM Bersama Timbalan-timbalan Rektor HEP di Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 10 September 2020.












News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES