NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Program Galakan Membaca PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pada 25 April 2018 yang lalu, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program Galakan Membaca PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2018 sempena denga bulan galakan membaca.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan seperti berikut :
1. Untuk
menggalakkan pelajar datang ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang
2. Mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara
staf perpustakaan dengan
warga kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang
3. Menyemarak dan menyuburkan minat membaca di
kalangan warga kampus
4. Meningkatkan bilangan pengunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang
5. Menggalakkan pengunjung menggunakan sumber rujukan dan kemudahan yang
ada di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang
6. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan pelajar
dan staf UiTM Cawangan Pulau Pinang
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut termasuk aktiviti kemuncak iaitu Jom Baca Bersama 10 Minit dan juga aktiviti bacaan kegemaran saya yang disampaikan oleh dua orang pensyarah daripada Akademi Pengajian Bahasa.
Jom Pinjam Buku April 2018
Kesinambungan aktiviti Program Galakan Membaca PTAR UiTMCPP 2018 diteruskan dengan aktiviti Jom Pinjam Buku yang diadakan pada 10 & 11 April 2018 di Laman Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah pinjaman buku di kalangan pelajar dan pensyarah. Aktiviti ini diadakan di Laman Perdana yang terletak di kawasan tumpuan pelajar untuk memudahkan mereka membuat pinjaman tanpa perlu ke perpustakaan.
Sepanjang berlangsungnya Jom Pinjam Buku, sebanyak lebih kurang 1,000 buah buku telah dibawa ke Laman Perdana dan dipinjam oleh para pelajar. Sambutan yang amat menggalakkan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti lain yang akan meningkatkan statistik pinjaman buku serta menarik lebih ramai pelajar menggunakan bahan (buku) yang ada di perpustakaan dalam pembelajaran.
Inforace PTAR UiTMCPP 2018
Pada 4 April 2018 yang lepas, telah diadakan satu aktiviti Inforace PTAR UiTMCPP sempena Program Galakan Membaca PTAR UiTMCPP 2018. Aktiviti ini diadakan dengan objektif untuk memudahcara para pelajar dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di dalam perpustakaan.
Akiviti ini disertai oleh 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama dan mereka dikehendaki menyelesaikannya dalam masa yang terpantas. Tugasan-tugasan yang diberikan adalah berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR. Selain menguji kecekapan peserta menyelesaikan tugasan, aktiviti ini juga diharap dapat menggalakkan peserta menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Aktiviti yang berlangsung jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 2.00 petang ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharap dapat memenuhi objektif yang telah digariskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)