Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Jom Sihat@PTAR UiTMCPP 2023

Pada 6 Julai 2023 yang lalu, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Physio Student Association (PHYTAS) Kampus Bertam, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah telah mengadakan program Jom Sihat@PTAR. Program yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi ini merupakan salah satu platform perkongsian ilmu serta penyampaian informasi mengenai kesihatan kepada warga kampus. Ianya juga merupakan pemangkin kepada amalan gaya hidup yang sihat.

Program dimulakan dengan acara senamrobik bertempat di parkir kenderaan berhadapan dengan bangunan perpustakaan dan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Bertam. Sesi yang berlangsung selama 1 jam ini telah disertai oleh seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTMCPP.



Program Jom Sihat@PTAR diteruskan dengan Program Read@UiTM : Sesi Perkongsian Buku bersama Encik Mohamad Hafiz Abu Seman, pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, UiTMCPP Kampus Bertam. Beliau telah berkongsi dengan penonton sebuah buku yang bertajuk "Sports Injury Prevention" hasil tulisan Profesor Roald Bahr dan Profesor Lars Engebretsen . Selain daripada berkongsi maklumat tentang kepentingan mengelak kecederaan di dalam sukan, beliau juga telah menerangkan bagaimana mengurus dan menghalang daripada berlakunya kecederaan dalam sukan. Sepanjang sesi perkongsian berlangsung, program derma darah dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTMCPP dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani juga telah berjalan dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan staf UiTMCPP. Dianggarkan seramai 50 orang penderma telah menderma darah bermula jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.



Program Jom Sihat@PTAR ini juga membawakan perkhidmatan Physio Massage oleh Physio Student Association (PHYTAS) UiTMCPP Kampus Bertam kepada pelajar dan staf UiTMCPP dengan kadar bayaran yang berpatutan. Sesi ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UiTMCPP. Seramai 49 orang warga UiTMCPP telah mendapatkan perkhidmatan pelbagai urutan yang diadakan di Bilik Raudah, PTAR bagi pelanggan lelaki dan Bilik Tayangan, PTAR bagi pelanggan wanita.

Diharap dengan penganjuran Program Jom Sihat@PTAR ini dapat menarik minat warga UiTMCPP untuk meluangkan masa mengikuti aktiviti-aktiviti kesihatan yang dapat membantu tubuh badan menjadi lebih sihat dan aktif.


 





News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES