Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Persiapan Pertandingan Hiasan Merdeka dan Sambutan Kemerdekaan 2020

Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh tidak ketinggalan bergotong-royong menghias ruangan di dalam perpustakaan. Gotong-royong ini melibatkan kakitangan perpustakaan daripada Unit Perkhidmatan Pelanggan dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan daripada unit lain.

Selain daripada mengindahkan ruangan perpustakaan, hiasan yang dibuat kali ini adalah untuk menyertai Pertandingan Hiasan Merdeka dan Pertandingan Video "Merdekakah Kita" anjuran Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTMCPP.


Hiasan kali ini berkonsepkan kolaj dan PTAR mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran Koleksi Sajak-sajak Kemerdekaan hasil karya Tongkat Warrant (Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain untuk menghayati erti kemerdekaan daripada sudut karya seni.












Program Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Tajuk : Program Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Tarikh : 18 Ogos 2020 (Selasa)

Platform : Google Meet


Program Library Outreach@PTAR yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi ini adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan yang terkini dan memberi kemudahan untuk membantu aktiviti pembelajaran dan pengajaran para pensyarah di UiTM Cawangan Pulau Pinang amnya dan khususnya kepada para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.


Di dalam program ini, terdapat 5 modul yang diterangkan iaitu pengenalan kepada perkhidmatan perpustakaan, proses cadangan pembelian bahan perpustakaan menggunakan Sistem WILS, Repositori Universiti, Sokongan Penyelidikan dan Perpustakaan Digital PTAR.


Modul-modul ini disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan dan Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan Unit Perpustakaan Digital.









Pameran Maya : Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia - Bahagian 2

Sepanjang bulan Ogos 2020, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan pameran secara maya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang bertajuk Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada 3 bahagian dan akan dipamerkan sepanjang bulan Ogos hingga awal September. 


Pameran ini diadakan untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang tempoh-tempoh PKP yang telah dijalankan sepanjang Malaysia mengekang penularan Covid-19 ini. 


DIGITAL EXHIBITION : FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAHAGIAN 2  <<<<<< klik sini
























Live@PTAR Segmen Bersama Alumni : Cakna Ubat, Nak Simpan ke Tak? Tajuk : Cakna Ubat, Nak Simpan ke Tak?

 Tarikh : 10 Ogos 2020 (Isnin)

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Platform : FB Live


Program Live@PTAR, Segmen Bersama Alumni kali ini telah menjemput alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Syafi'ah Bakaruddin, Pegawai Farmasi yang bertugas di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 bersama Puan Farleen Azrina Zamberi selaku moderator. Tajuk Cakna Ubat : Nak Simpan ke Tak? merupakan tajuk perbincangan yang dibincangkan dalam tempoh satu jam bersiaran di FB Live dan Youtube. 


Puan Syafi'ah telah menerangkan tentang cara-cara penyimpanan ubat di rumah dan sekiranya kita dalam perjalanan. Selain itu, beliau juga berkongsi tentang fakta dan mitos yang berkaitan dengan penyimpanan ubat-ubatan serta menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para peserta program yang diberikan melalui komen di Facebook dan YouTube.










Pameran Maya : Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia - Bahagian 1

Sepanjang bulan Ogos 2020, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan pameran secara maya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang bertajuk Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada 3 bahagian dan akan dipamerkan sepanjang bulan Ogos hingga awal September. 


Pameran ini diadakan untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang tempoh-tempoh PKP yang telah dijalankan sepanjang Malaysia mengekang penularan Covid-19 ini. 


DIGITAL EXHIBITION : FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  <<<<<< klik sini

























News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES