Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Jom ke Chowrasta, Kedai Buku "Old School"

Sempena Program Galakan Membaca PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, PTAR telah mengadakan satu aktiviti lawatan ke kedai buku terpakai di Chowrasta, Pulau Pinang. Lawatan ini diadakan pada 15 Mac 2018 daripada jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajak peserta lawatan mendapatkan buku-buku terpakai pada kadar harga mampu milik. Selain itu juga, para peserta berpeluang untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang sukar diperoleh di kedai-kedai buku biasa kerana sudah tidak dicetak atau mencari koleksi buku-buku lama.

Lawatan disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan pelaksana daripada pelbagai bahagian di dalam UiTM Cawangan Pulau Pinang. Aktiviti yang merupakan sebahagian daripada pecahan dalam Program Galakan Membaca yang berlangsung sehingga bulan April ini juga diharap dapat memupuk semangat cintakan buku kepada para peserta dan menambah minat mereka untuk membaca buku walau di mana jua mereka berada.









Bengkel Perkhidmatan Pelanggan : First Class Service

Pada 5 & 6 Mac 2018 bertempat di Bilik Perdana 1, Tingkat 2 Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan satu bengkel Perkhidmatan Pelanggan "First Class Service anjuran bersama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan Bahagian Pengurusan Manusia UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Bengkel selama dua hari yang disampaikan oleh Cik Nurfarawahidah Binti Badruesham ini disertai oleh staf perpustakaan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dan staf daripada bahagian-bahagian lain yang bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan.

Bengkel tersebut dibahagi kepada 5 modul yang mudah difahami iaitu Pengenalan kepada Customer Service, Personaliti Komunikasi Pelanggan Zaman Moden, Penampilan Lambang Profesionalisme, Prosedur Layanan Pelanggan yang Seragam dan Teknik Menghadapi Karenah Pelanggan. 

Di akhir bengkel, peserta akan lebih memahami keperluan menjadi seorang pegawai khidmat pelanggan yang lebih positif dan proaktif dalam menangani pelbagai jenis pelanggan yang di zaman serba moden ini. Di harap bengkel seumpama ini dapat dijalankan lagi untuk memberi kefahaman kepada pegawai khidmat pelanggan.







News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES