Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Open Mic Bersama Hajibee : Saintis Kartunis

Tajuk : Open Mic Bersama Hajibee : Saintis Kartunis

Tarikh : 28 Julai 2020


Bertempat di He & She Coffee, UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah berlangsung program sembang santai Open Mic Bersama Hajibee : Saintis Kartunis. Program yang disertai oleh seramai 25 orang peserta daripada pelbagai bahagian UiTMCPP ini juga disiarkan secara langsung melalui Facebook PTAR Kampus Permatang Pauh.


Haji Bahman Jamaluddin atau lebih dikenali dengan nama pena Hajibee di media sosial merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Bertam merupakan kartunis Senyum Kampus UiTM yang tidak asing lagi. Beliau yang berminat dengan melukis sejak kecil lagi telah menggunakan platform sebagai pensyarah dan pakar fisioterapi untuk mengetengahkan bakat melukisnya dengan menulis buku dan terlibat dalam penerbitan seperti Negaraku, Alah Bisa Tegal Biasa, Senyum Kampus dan Fisioterapis Malaysia sebagai kartunis. Beliau juga menulis bersama buku bertajuk Kilo Vs Kalori yang merupakan koleksi pengalaman beberapa orang peserta yang terlibat dalam program melawan obesiti.


Bergerak aktif dalam melukis sejak 1998, anda boleh melihat hasil-hasil karya beliau melalui Facebook beliau di Hajibee. Peserta program berasa amat bertuah kerana dapat mendengar Hajibee berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar kartunis, menceduk tips-tips berguna tentang lukisan kartun di samping mengenali lebih dekat perwatakan beliau yang sangat santai dan mesra.








Lawatan oleh Tenaga Pengajar Kolej Vokasional ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Tajuk : Lawatan oleh Tenaga Pengajar Kolej Vokasional ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Tarikh : 24 Julai 2020


PTAR Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan pelawat daripada 3  Kolej Vokasional iaitu Kolej Vokasional Butterworth, Kolej Vokasional Batu Lanchang dan Kolej Vokasional Nibong Tebal. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tentatif dalam Program Mesyuarat Khas Lantikan TAC serta perbincangan program jalinan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan bersama ketiga-tiga Kolej Vokasional tersebut.


Lawatan ini disertai oleh seramai 11 orang tenaga pengajar Kolej Vokasional tersebut dan 2 orang wakil Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kehadiran mereka disambut oleh Cik Nor Azilawati Mohd Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan bersama kakitangan Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Unit Penyelidikan Pembelajaran dan Rujukan. Pelawat kemudian diberikan taklimat ringkas berkenaan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang termasuklah tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka juga dibawa melawat sekitar perpustakaan sebelum berangkat pulang.


Dalam taklimat ringkas ini juga, Cik Nor Azilawati juga mengalu-alukan kedatangan tenaga pengajar bersama pelajar-pelajar ke PTAR UiTMCPP untuk program yang bersesuaian di masa akan datang.











Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

Tajuk : Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM 

Tarikh : 24 Julai 2020


Pada 24 Julai 2020,  Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah singgah melawat PTAR Kampus Permatang Pauh sempena lawatan kerja ke UiTM Cawangan Pulau Pinang, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.


Dalam sesi lawatan kerja ke UiTM Cawangan Pulau Pinang ini, beliau telah dibawa melawat beberapa tempat seperti Bilik Hotel UiTMCPP yang baru diubahsuai, makmal barista, dapur hotel, tapak Projek Nurseri UiTMCPP dan melawat "Greenation Project" di PTAR Kampus Permatang Pauh.


Dato'Sri berkesempatan untuk menanam sebatang pokok "bucida" di hadapan pekarangan PTAR Kampus Permatang Pauh sebagai simbolik rasminya projek tersebut. Dato' Sri juga sudi singgah sebentar ke perpustakaan untuk melihat projek Greenation ini yang telah diperluaskan sehingga ke ruang dalaman PTAR. Dalam sesi lawatan ini, Dato' Sri mencadangkan program bersama komuniti diadakan di dalam perpustakaan dan menggunapakai kemudahan yang ada. Lawatan singkat ini diakhiri dengan Dato' Sri menandatangani buku pelawat PTAR Kampus Permatang Pauh sebelum ke lawatan seterusnya.






Jom Pinjam Buku@PTAR

Tajuk : Aktiviti Jom Pinjam Buku@PTAR

Tarikh : Bermula 20 Julai 2020


PTAR Kampus Permatang Pauh telah mengadakan aktiviti Jom Pinjam Buku@PTAR bermula 20 Julai 2020 untuk menggalakkan pinjaman buku di kalangan pengguna perpustakaan sepanjang PKPP berlangsung. 


Setiap peminjam dikehendaki membuat pinjaman sekurang-kurangnya 2 buah buku untuk melayakkan mereka memenangi hadiah menarik yang disediakan. Setakat tulisan ini ditulis, sambutan di kalangan kakitangan akademik dan pelaksana amatlah menggalakkan. Berikut merupakan sorotan aktiviti tersebut melalui gambar-gambar yang telah diambil sepanjang minggu.














Sesi Perjumpaan Kakitangan PTAR UiTMCPP Bersama Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

Tajuk : Sesi Perjumpaan Kakitangan PTAR UiTMCPP Bersama Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

Tarikh : 20 Julai 2020


Pada 20 Julai 2020, telah berlangsung sesi perjumpaan bersama rektor, Profesor Dr Salmiah Kasolang@Kasalung bersama kakitangan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diadakan di Bilik Mesyuarat Polis Bantuan di Bangunan Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis dihadiri oleh 24 orang kakitangan PTAR UiTMCPP daripada Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.


Di dalam pertemuan ini, Prof Rektor berkenalan dengan semua kakitangan PTAR yang hadir dan berkongsi cadangan dan amanat untuk meningkatkan mutu kerja masing-masing. Selain itu, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram juga telah membentangkan laporan perjalanan PTAR UiTMCPP kepada Prof. Rektor supaya beliau mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tatacara kerja dan hala tuju PTAR untuk mencapai visi, misi dan objektifnya.


Pertemuan ini dijalankan di dalam situasi yang ceria dan amat positif daripada kedua-dua belah pihak. Prof. Rektor memberikan banyak nasihat dan cadangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh pihak PTAR UiTMCPP dalam masa terdekat. "Utilize library and find ways how to make others remember you".









Taklimat Prosedur Kerja Pengurusan Pelanggan

Tajuk : Taklimat Prosedur Kerja Pengurusan Pelanggan

Tarikh : 10 Julai 2020


Untuk meningkatkan mutu kerja kakitangan di kaunter, satu Taklimat Prosedur Kerja Pengurusan Pelanggan kepada kakitangan PTAR Kampus Permatang Pauh yang bertugas di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan telah diadakan pada 10 Julai 2020.


Antara objektif penting taklimat ini diadakan adalah untuk memantapkan pengetahuan berkaitan prosedur kerja di kaunter pengurusan pelanggan dan memberi tunjuk ajar dalam urusan pengurusan operasi perkhidmatan perpustakaan.


Taklimat ini telah disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, Encik Syarifulanuar Mat Isa dan dibantu oleh kakitangan yang bertugas di Kaunter Peminjaman dan Pemulangan. Dengan adanya taklimat ini diharap kakitangan yang akan bertugas di kaunter akan lebih peka dengan prosedur yang digunakan untuk menambah kecekapan kerja.







Lawatan Pensyarah Baru ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Tajuk : Lawatan Pensyarah Baru ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Tarikh : 2 Julai 2020


Pada 2 Julai 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada 3 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan serta Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik yang baharu.


Mereka telah dibawa melawat sekitar PTAR dan diberikan taklimat ringkas tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PTAR.


PTAR Kampus Permatang Pauh mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas di UiTMCPP kepada Cik Nur Syahira Bibit, Encik Mas Affandy Mashuri, Cik Nur Farihin Abdul Rahman dan Encik Tuan Ahmad Syahmi Tuan Mohd Rosli. PTAR berharap semoga semua pensyarah baru ini akan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ada untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar mereka.







News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES