NEWS & ACTIVITIES
Always stay in-the-know with PTAR News Hub
Program Kayuhan Santai Team PTAR Penang
Pada 25 Februari 2018 (Ahad), staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu Program Kayuhan Santai di sekitar tempat-tempat Art Street Penang di bandar Georgetown. Program bermula jam 9.15 pagi yang melibatkan staf PTAR, anak-anak staf PTAR dan 5 orang pelajar praktikal.
Program ini dijalankan dengan objektif untuk mengeratkan hubungan antara staf dan keluarga selain menjalin kerjasama dan semangat berpasukan antara staf PTAR. Selain daripada kayuhan santai sambil melihat lukisan jalanan dan pemandangan sekitar bandar, beberapa aktiviti berpasukan turut diadakan untuk peserta yang terlibat.
Diharap program seumpama ini akan kerap dijalankan untuk kesejahteraan staf dan memupuk kerjasama erat antara satu sama lain.
Diharap program seumpama ini akan kerap dijalankan untuk kesejahteraan staf dan memupuk kerjasama erat antara satu sama lain.
Projek Keceriaan (Semester Break)
Pada awal bulan Februari baru-baru ini, AJK Keceriaan PTAR telah menjalankan Projek Keceriaan PTAR yang melibatkan usaha menceriakan ruang laluan ke tandas aras 1 PTAR.
Projek ini adalah kesinambungan projek keceriaan yang terdahulu untuk menambah keselesaan dan keceriaan ruang-ruang yang terdapat di dalam PTAR UiTM Pulau Pinang. Projek ini dijalankan pada musim cuti semester pelajar yang akan berakhir pada 4 Mac 2018.
Projek ini melibatkan seramai 7 orang staf yang mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan. Di harap projek-projek seperti ini dapat diteruskan ditambah baik untuk manfaat pengguna.

Gambar SEBELUM projek dijalankan
Kerja-kerja mengecat dijalankan
Hasil projek
Subscribe to:
Posts (Atom)