Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

PPT Exploring PTAR : Read & Selfie with A Book

Sesi kedua Program PPT Exploring PTAR telah diadakan pada 20 November 2020 dengan penyertaan seramai 35 pelajar PPT. Dalam sesi kedua ini, pelajar dikehendaki membuat pinjaman buku dan berswafoto dengan buku yang dipinjam. Sesi kali ini mendedahkan pelajar dengan perkhidmatan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan buku. Pelajar juga telah mengikuti sesi Webex bersama Profesor Dr. Aini Jaapar, Pengarah PPT UiTM.











Pameran Maya : Penerbitan Berindeks SCOPUS UiTMCPP Kampus Permatang Pauh 2020




Pameran Maya bagi bulan November 2020 kali ini menghimpunkan penulisan artikel-artikel hasil tulisan para pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penulisan yang diterbitkan ini adalah daripada pelbagai fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Pengumpulan penerbitan berindeks SCOPUS ini diharap dapat memudahkan pensyarah dan pelajar untuk mengakses serta membaca artikel-artikel tersebut.

Pameran maya ini boleh diakses dan dibaca melalui pautan https://penang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/307-scopus





Program PPT Exploring PTAR : Kelas Kemahiran Maklumat

PTAR Kampus Permatang Pauh dengan kerjasama PPT (Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu program bersama pelajar PPT iaitu Program PPT Exploring PTAR. Program ini diadakan setiap hari Jumaat bermula 13 November hingga 27 November 2020 dengan menyediakan aktiviti-aktiviti perpustakaan bersama pelajar.

Untuk siri pertama pada 13 November 2020, seramai 34 orang pelajar PPT telah menghadiri Kelas Kemahiran Maklumat untuk modul LSC 100 dan 101. Kelas kemahiran maklumat ini telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir selaku Pustakawan Kanan Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan. Selain kelas kemahiran, pelajar juga menyertai kuiz Kahoot! untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disampaikan oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.







Program Open Mic Mawlid

Sempena sambutan Maulidur Rasul 2020/1442H, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PTAR dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program Open Mic Mawlid Bersama Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Razak. Program yang berlangsung pada 3 November 2020 telah diadakan di PTAR Kampus Permatang Pauh secara langsung dan boleh ditonton melalui Facebook Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang. 

Tajuk yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Razak ialah Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. PTAR Kampus Permatang Pauh juga telah mengambil inisiatif mengadakan pameran buku-buku yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW sepanjang program berlangsung. Program yang dihadiri oleh kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang daripada pelbagai bahagian ini melabuhkan tirai pada jam 11.30 pagi.











KKM LSC102 Online Database for Literature (Information Searching Strategy)

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diadakan, PTAR Kampus Permatang Pauh giat menjalankan kelas kemahiran maklumat kepada pelajar dan pensyarah yang telah membuat tempahan kelas. Pada 6 November 2020, Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan PTAR UiTM Pulau Pinang telah mengendalikan kelas kemahiran maklumat secara atas talian untuk pelajar-pelajar diploma dan ijazah daripada pelbagai fakulti.

Di dalam kelas tersebut, pelajar juga diperkenalkan dengan penggunaan MyKM sebagai cara yang lebih mudah untuk pelajar mengakses bahan digital mengikut subjek masing-masing. Selain itu, pelajar boleh menyemak rekod pinjaman buku, buku-buku "new arrival", melayari Institutional Repository, e-book, bahan bacaan am dan EQPS.









Gotong-royong Pelupusan Perabot dan Komputer

Pada 2 November 2020, staf PTAR Kampus Permatang Pauh telah bergotong-royong mengemas stor dan membuat pelupusan perabot dan komputer. Perabot-perabot yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi telah dipindahkan daripada stor sedia ada untuk memaksimakan penggunaan ruang stor. Komputer-komputer sewaan yang lama telah dikumpulkan mengikut setnya supaya proses dokumentasi pelupusan dapat dijalankan dengan lebih lancar.










Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTMCPP

Program Library Outreach@PTAR bagi bulan Oktober 2020 telah diadakan pada 26 Oktober 2020 bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini dijalankan melalui platform Google Meet dan disertai oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah FKK, ACIS dan staf PTAR UiTMCPP.

Taklimat perpustakaan ini dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu Unit Perkhidmatan Pelanggan, yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohd Azmi, Unit Pembangunan dan Perancangan Bahan, disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir pula telah menyampaikan taklimat tentang Perpustakaan Digital. Harapan PTAR semoga dengan adanya program sebegini, pensyarah akan mendapat maklumat yang jelas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ada di perpustakaan yang dpat membantu pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.









Online Postgraduate Colloquium

Pada 24 Oktober 2020, satu program untuk pelajar postgraduate EMBA Masters semester 3 dan 4 telah diadakan secara atas talian anjuran PPS UiTM. Program ini melibatkan peserta daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang dan pensyarah serta pelajar daripada Yogyakarta State University, Indonesia.


Terdapat dua slot di dalam program ini dan salah satu slot telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan PTAR UiTMCPP yang bertajuk "The use of E-Library in writing Literature Review". Slot kedua bertajuk "Preparing Research Proposal" telah disampaikan oleh Dr. Sutirman S.P.D, M.P.D. Yogyakarta State University. Seramai 55 orang pesserta telah menyertai program ini melalui platform Google Meet.





KKM Modul : Reference Management Software - Mendeley

Satu sesi kelas kemahiran maklumat telah diadakan pada 23 Oktober 2020 tentang "Reference Management Software - Mendeley" yang disertai oleh pelajar-pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan Mendeley. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan  Rujukan, PTAR Kampus Permatang Pauh. Seramai lebih kurang 57 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar telah mengikuti sesi kelas kemahiran maklumat kali ini yang diadakan melalui platform Google Meet. Diharap maklumat yang telah disampaikan bermanfaat kepada semua peserta.





Taklimat Perpustakaan Bersama MPP & JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 15 Oktober 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah mengadakan satu taklimat perpustakaan secara atas talian khas untuk MPP dan JPK UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para peserta taklimat merupakan MPP dan JPK daripada Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam. Seramai 34 peserta telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Puan Farleen Azrina Zamberi dan Encik Nurulizwan Amir berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan terutama mengenai Perpustakaan Digital.


Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Hayati Mokhtaram telah berbesar hati memberikan ucapan alu-aluan dalam sesi taklimat tersebut. Beliau berharap MPP dan JPK dapat meuar-uarkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR kepada semua pelajar dan memanfaatkan segala kemudahan ini untuk tujuan pembelajaran kerana adalah suatu kerugian besar sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak digunakan oleh para pelajar.








Blog Archive

News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES