Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Meet and greet UiTMCPP with Apple(M) and Switch

Satu sesi "Meet and Greet" antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan Apple Malaysia dan Switch telah berlangsung pada 16 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR UiTMCPP. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan tentang penyediaan ruang untuk Switch Showcase dan Apple Learning Academy yang dirancang untuk diwujudkan di UiTMCPP.

Dalam sesei ini UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diwakili oleh Prof Ir Dr Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof. Madya Ir.Ts. Dr. Siti Noraini Sulaiman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Tuan Hj Ahmad Faizar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP, Ts Dr Adi Izhar Koordinator, ICAN dan Puan Irina Mohd Akhir, Penyelaras Alumni.

Pihak Apple pula diwakili oleh oleh Puan Wan Noraini Wan Daud, Leadership and Learning, Puan Kartini Mohd Basri, Business Development Manager (Education) dan Encik Sathes Narayanan, System Engineer. Swith pula telah diwakili oleh Encik Goh Shen-U, Project Manager, Encik Muhammad Alliff bin Azlan Education Training and Marketing Lead dan Puan Wanida Razali, CSR.




Sparkle Through Speech 3.0

Sempena cuti sekolah yang baru bermula, Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP, Pusat Pendidikan UPM, Universitas Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia dan Podcaster (Bakat Muda), UiTMCPP, Malaysia telah mengadakan Program Sparkle Through Speech 3.0 pada 14 dan 15 Februari 2024.

Program yang diadakan di PTAR UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 45 orang pelajar sekolah yang rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sepanjang 2 hari program dijalankan. pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya "Who Am I?" sebagai aktiviti "ice breaking", "Positive affirmation & chant creation" dan aktiviti "Build and Descibe" yang memerlukan peserta membina bangunan atau objek menggunakan set "lego" yang disediakan. Selain itu, peserta juga telah mengikuti bengkel "Speed Reading" yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP.

Pada hari kedua pula, para peserta telah mengikuti sesi "Google Meet" bersama Dr Ridha Hasnul Ulya daripada Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sesi kedua dilanjutkan dengan sesi bersama Podcaster Bakat Muda, Whatnow? Jomah Lepak. Para peserta kemudiannya perlu merekod podcast mengikut kumpulan berdasarkan tajuk yang mereka pilih.

Program ini diharap dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan para peserta selain meningkatkan keyakinan mereka dalam pengucapan awam dan pergaulan bersama ahli kumpulan terutamanya di dalam Bahasa Inggeris. Hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar diiringi oleh Cik Marni Jamil selaku wakil penganjur, Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP.






Ceramah Israk Mikraj bersama Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus

Bertempat di ruang LCE PTAR UiTMCPP pada 13 Februari 2024 bersempena dengan sambutan Israk Mikraj 1445H, Unit Hal Ehwal Islam UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP telah mengadakan satu ceramah Israk Mikraj.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus yang telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah yang berkisar kepada pemahaman tentang dugaan umat Islam sekarang dalam melaksanakan Israk dan Mikraj. Ceramah yang berlangsung selama hampir satu jam setengah ini antara lainnya mengingatkan para peserta tentang pentingnya mengerjakan solat yang difardukan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj.

Ceramah yang disiarkan secara langsung melalui Facebook UHEI UiTMCPP dan secara fizikal ini telah menarik seramai lebih kurang 495 views peserta dalam dan luar UiTM dan 50 orang peserta fizikal yang terdiri daripada staf UiTMCPP dan pelajar. Rakaman video ceramah boleh diakses melalui pautan https://www.facebook.com/uheiuitmcpp/videos/268149586302309



Program Bicara Ilmu Bersama Ustaz Manis

5 Februari 2024 - Bertempat di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah berlangsung Program Bicara Ilmu yang bertajuk Masjid Al-Aqsa untuk Semua Umat Islam : Perantara Perjalanan Israk Mikraj dan Kepentingannya. Program yang dijalankan secara hibrid ini turut disertai oleh para peserta daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang, pelajar-pelajar Mutawif dan staf UiTM. 

Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Manis ialah tentang sejarah pencabulan Palestin oleh Israel sejak 75 tahun yang lalu dan peranan umat Islam di dunia untuk memberi perhatian kepada Palestin kerana ia merupakan tanah yang diberkati dan menjadi naungan seluruh umat Islam.

Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Timbalan Ketua Pustakawan serta Puan Hajah Zaiton Zariyah Abdullah, wakil daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang turut sama mengikuti program ceramah yang dihadiri seramai 109 orang peserta fizikal dan 540 penonton secara langsung di Facebook PTARUiTMCPP. Rakaman ceramah boleh ditonton di pautan https://www.facebook.com/100077937390499/videos/898203281983287







Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Tinggi Bukit Mertajam

PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 5 Februari 2024. Seramai 51 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkat 2 hingga tingkatan 4 dan 4 orang guru pengiring telah turut serta di dalam sesi lawatan yang diadakan jam 9.00 pagi itu.

Sebelum lawatan dimulakan, sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar dan Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para pelawat kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat ke sekitar perpustakaan oleh Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri dan Encik Syarifulanuar Mat Isa, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan.

Selain dibawa melawat ke setiap aras perpustakaan, pelawat juga diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Semoga sesi lawatan yang diadakan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para pelawat tentang PTAR UiTMCPP dan menjadi dorongan buat pelajar menjejak kaki ke universiti di masa hadapan.



Perjumpaan Pejabat Bendahari bersama Staf Pentadbiran PTAR UiTMCPP


Pada 1 Februari 2024 yang lepas, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan Pejabat Bendahari dalam siri perjumpaan bersama staf pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang. Perjumpaan ini diadakan sebagai proses yang sistematik dan berterusan oleh pihak bendahari bagi mengenal pasti, mengubah suai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada bahagian-bahagian di UiTMCPP.  

Perjumpaan yang telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP ini dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP, pustakawan kanan, staf perpustakaan dan staf  Pejabat Bendahari.

Sepanjang 2 jam perjumpaan, Puan Nurkamarusyani Mohd Zain, Timbalan Bendahari telah menyampaikan taklimat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan, peruntukan dan pembayaran yang terlibat dengan perpustakaan. Sesi ini juga membincangkan inisiatif dan penyelesaian yang dapat dicapai bagi memudahkan urusan di antara Pejabat Bendahari dan PTAR UiTMCPP.

Kedua-dua belah pihak berharap perjumpaan ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan motivasi kepada staf di samping meningkatkan ilmu pengetahuan semua staf yang terlibat.

Penamatan Latihan Pelajar Praktikal


Bermula 4 September 2023 hingga 31 Januari 2024, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima dua orang pelajar praktikal daripada UiTM Cawangan Kedah. Kedua-dua pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan ini telah menjalani latihan praktikal di setiap unit yang ada di perpustakaan selain membantu pengurusan program-program yang dijalankan di perpustakaan.

PTAR UiTMCPP ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cik Nur Sarah Iman binti Mohd Sukri dan Cik Nur Safiah binti Nordin. Semoga terus berjaya di dalam bidang yang diceburi selepas ini.




Kelas Digital Percuma Canva


31 Disember 2023 - Bertempat di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung kelas digital percuma berkenaan Canva serta pengenalan tentang "artificial intelligent" di dalam Canva. Kelas digital percuma anjuran PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Digital Penang ini merupakan kelas kedua yang telah diadakan selepas kelas "ChatGPT" yang diadakan pada tahun 2023.

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang awam ini telah dikendalikan oleh pengajar yang didatangkan khas daripada kumpulan Dah Digital?. Sepanjang 2 jam kelas berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan perkara asas Canva dan tip-tip berguna yang boleh diaplikasikan ketika menggunakan Canva. Sebelum kelas berakhir, para peserta diberikan tugasan untuk menyediakan satu poster promosi Dah Digital? sebagai latihan kefahaman.

Pasukan Dah Digital? juga turut disertai oleh Encik Khooi Chu Boon, Pengarah SME & Community Development, Digital Penang dan Encik Mohd Elias Akbar Md Ali, Pengurus SME & Community Development, Digital Penang. 





News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES