Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Pada 11 Mac 2023, Program Unlock Your Voice & Speak to Win 2.0  yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP telah diadakan dengan jayanya. Jika program sebelum ini terbuka kepada staf pentadbiran yang berminat, kali ini program telah disertai oleh beberapa orang pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Para peserta diberikan masa untuk bercerita/bersyarah mengenai tajuk yang dipilih di hadapan para peserta, fasilitator dan jemputan lain. Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi selaku wakil PTAR UiTMCPP telah berbesar hati menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta dan jemputan yang hadir. Dr. Katie Haning daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah dijemput sebagai fasilitator jemputan bagi memeriahkan program. Diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi memenuhi objektif penganjurannya.






Apple Technology for Education @PTAR

Satu sesi pengenalan dan penerangn tentang penggunaan 'Apple Teacher' dan iPad telah diadakan di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang seperti dalam butiran berikut. Sesi ini telah dihadiri oleh 16 orang staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penerangan telah disampaikan oleh wakil Apple Switch.

Program : Apple Technology for Education @PTAR
*Apple Teacher Briefing & Do More with iPad*
Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR Library UiTMCPP 

Lawatan Naib Canselor UiTM ke PTAR UiTMCPP


Pada 4 Mac 2024 yang lalu, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin. Beliau hadir untuk lawatan santai selepas menghadiri mesyuarat JKNCR pertama untuk 2024 bertempat di Canselori, Universiti Sains Malaysia.

Datuk VC memulakan lawatan santai beliau ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal serta ke Kolej Kristal sebelum berhenti solat di Pusat Islam UiTMCPP. Selesai solat, Datuk VC telah sudi singgah ke PTAR UiTMCPP dan diberi taklimat ringkas tentang projek-projek yang akan dijalankan di PTAR UiTMCPP termasuk Rumah Ngaji dan kerjasama bersama Apple & Switch Malaysia.
 
Sebelum berangkat pulang, Datuk VC telah menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR UiTMCPP. Turut hadir dalam sesi lawatan santai ini ialah Rektor UiTMCPP, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Herbed Abdullah, Wakil Fasiliti, Encik Mohd Saiful Nizam Mohammad Ali dan Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.




Team Building PTAR UiTMCPP 2024

PTAR UiTMCPP telah mengadakan program Team Building PTAR di Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak pada 27 dan 28 Februari 2024 yang lalu. Program team building ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat berpasukan selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf PTAR.

Seramai 19 orang staf PTAR UiTMCPP termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan tiga orang pelajar praktikal telah mengikuti program Team Building pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program selama 2 hari 1 malam termasuk aktiviti secara individu dan berkumpulan untuk para peserta. Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ismail Mohd Ali selaku pengarah program dan diteruskan dengan makan tengah hari dan aktiviti berkumpulan. 

Pada sebelah malam, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah dijemput mengimamkan solat maghrib berjemaah sebelum menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah. Usai makan malam, program diteruskan dengan acara memotong kek untuk meraikan staf-staf yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga Mac. Selain itu, acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah menjayakan aktiviti sebelah petang juga diadakan.

Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh dan kemudiannya diikuti dengan riadah pagi brisk walking sejauh hampir 3 kilometer sambil melihat keindahan alam di kawasan sekitar perkhemahan. Selepas bersarapan, aktiviti kami disambung dengan acara bertukar-tukar hadiah dan meraikan dua orang pelajar praktikal yang telah tamat latihan pada hujung bulan Januari 2024. 

Di dalam ucapan beliau, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar telah menzahirkan rasa bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua staf perpustakaan. Beliau juga berharap semoga kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan sentiasa dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Rombongan tiba di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada jam 4.30 petang.





Taklimat PADU@PTAR

21 Februari 2024 - Satu taklimat PADU telah diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement. PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran & PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ini juga telah mendapat kerjasama daripada Digital Penang, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang, Persatuan Pentadbir UiTM, dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang. 

Taklimat PADU ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada para peserta objektif pengisian PADU dan bagaimana untuk mengisi maklumat di dalam sistem ini. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Adrian Austin Spiji, Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia. Di akhir taklimat, 'booth' PADU dibuka untuk membantu peserta yang mengalami kesukaran untuk mengisi data mereka atau mereka yang mempunyai kemusykilan hal yang berkaitan.

Taklimat ini telah dihadiri seramai 78 orang peserta fizikal dan mendapat 52 views di dalam siaran langsung melalui Facebook PTAR UiTMCPP.







Meet and greet UiTMCPP with Apple(M) and Switch

Satu sesi "Meet and Greet" antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan Apple Malaysia dan Switch telah berlangsung pada 16 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR UiTMCPP. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan tentang penyediaan ruang untuk Switch Showcase dan Apple Learning Academy yang dirancang untuk diwujudkan di UiTMCPP.

Dalam sesei ini UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diwakili oleh Prof Ir Dr Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof. Madya Ir.Ts. Dr. Siti Noraini Sulaiman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Tuan Hj Ahmad Faizar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP, Ts Dr Adi Izhar Koordinator, ICAN dan Puan Irina Mohd Akhir, Penyelaras Alumni.

Pihak Apple pula diwakili oleh oleh Puan Wan Noraini Wan Daud, Leadership and Learning, Puan Kartini Mohd Basri, Business Development Manager (Education) dan Encik Sathes Narayanan, System Engineer. Swith pula telah diwakili oleh Encik Goh Shen-U, Project Manager, Encik Muhammad Alliff bin Azlan Education Training and Marketing Lead dan Puan Wanida Razali, CSR.




Sparkle Through Speech 3.0

Sempena cuti sekolah yang baru bermula, Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP, Pusat Pendidikan UPM, Universitas Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia dan Podcaster (Bakat Muda), UiTMCPP, Malaysia telah mengadakan Program Sparkle Through Speech 3.0 pada 14 dan 15 Februari 2024.

Program yang diadakan di PTAR UiTMCPP ini telah disertai oleh seramai 45 orang pelajar sekolah yang rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sepanjang 2 hari program dijalankan. pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya "Who Am I?" sebagai aktiviti "ice breaking", "Positive affirmation & chant creation" dan aktiviti "Build and Descibe" yang memerlukan peserta membina bangunan atau objek menggunakan set "lego" yang disediakan. Selain itu, peserta juga telah mengikuti bengkel "Speed Reading" yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP.

Pada hari kedua pula, para peserta telah mengikuti sesi "Google Meet" bersama Dr Ridha Hasnul Ulya daripada Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sesi kedua dilanjutkan dengan sesi bersama Podcaster Bakat Muda, Whatnow? Jomah Lepak. Para peserta kemudiannya perlu merekod podcast mengikut kumpulan berdasarkan tajuk yang mereka pilih.

Program ini diharap dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan para peserta selain meningkatkan keyakinan mereka dalam pengucapan awam dan pergaulan bersama ahli kumpulan terutamanya di dalam Bahasa Inggeris. Hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar diiringi oleh Cik Marni Jamil selaku wakil penganjur, Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP.






Ceramah Israk Mikraj bersama Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus

Bertempat di ruang LCE PTAR UiTMCPP pada 13 Februari 2024 bersempena dengan sambutan Israk Mikraj 1445H, Unit Hal Ehwal Islam UiTMCPP dengan kerjasama PTAR UiTMCPP telah mengadakan satu ceramah Israk Mikraj.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Rus yang telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah yang berkisar kepada pemahaman tentang dugaan umat Islam sekarang dalam melaksanakan Israk dan Mikraj. Ceramah yang berlangsung selama hampir satu jam setengah ini antara lainnya mengingatkan para peserta tentang pentingnya mengerjakan solat yang difardukan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj.

Ceramah yang disiarkan secara langsung melalui Facebook UHEI UiTMCPP dan secara fizikal ini telah menarik seramai lebih kurang 495 views peserta dalam dan luar UiTM dan 50 orang peserta fizikal yang terdiri daripada staf UiTMCPP dan pelajar. Rakaman video ceramah boleh diakses melalui pautan https://www.facebook.com/uheiuitmcpp/videos/268149586302309



Program Bicara Ilmu Bersama Ustaz Manis

5 Februari 2024 - Bertempat di Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah berlangsung Program Bicara Ilmu yang bertajuk Masjid Al-Aqsa untuk Semua Umat Islam : Perantara Perjalanan Israk Mikraj dan Kepentingannya. Program yang dijalankan secara hibrid ini turut disertai oleh para peserta daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang, pelajar-pelajar Mutawif dan staf UiTM. 

Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Manis ialah tentang sejarah pencabulan Palestin oleh Israel sejak 75 tahun yang lalu dan peranan umat Islam di dunia untuk memberi perhatian kepada Palestin kerana ia merupakan tanah yang diberkati dan menjadi naungan seluruh umat Islam.

Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Timbalan Ketua Pustakawan serta Puan Hajah Zaiton Zariyah Abdullah, wakil daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang turut sama mengikuti program ceramah yang dihadiri seramai 109 orang peserta fizikal dan 540 penonton secara langsung di Facebook PTARUiTMCPP. Rakaman ceramah boleh ditonton di pautan https://www.facebook.com/100077937390499/videos/898203281983287







Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Tinggi Bukit Mertajam

PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 5 Februari 2024. Seramai 51 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkat 2 hingga tingkatan 4 dan 4 orang guru pengiring telah turut serta di dalam sesi lawatan yang diadakan jam 9.00 pagi itu.

Sebelum lawatan dimulakan, sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar dan Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Para pelawat kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat ke sekitar perpustakaan oleh Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri dan Encik Syarifulanuar Mat Isa, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Perpustakaan.

Selain dibawa melawat ke setiap aras perpustakaan, pelawat juga diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Semoga sesi lawatan yang diadakan ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para pelawat tentang PTAR UiTMCPP dan menjadi dorongan buat pelajar menjejak kaki ke universiti di masa hadapan.



Perjumpaan Pejabat Bendahari bersama Staf Pentadbiran PTAR UiTMCPP


Pada 1 Februari 2024 yang lepas, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan Pejabat Bendahari dalam siri perjumpaan bersama staf pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang. Perjumpaan ini diadakan sebagai proses yang sistematik dan berterusan oleh pihak bendahari bagi mengenal pasti, mengubah suai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada bahagian-bahagian di UiTMCPP.  

Perjumpaan yang telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP ini dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP, pustakawan kanan, staf perpustakaan dan staf  Pejabat Bendahari.

Sepanjang 2 jam perjumpaan, Puan Nurkamarusyani Mohd Zain, Timbalan Bendahari telah menyampaikan taklimat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan, peruntukan dan pembayaran yang terlibat dengan perpustakaan. Sesi ini juga membincangkan inisiatif dan penyelesaian yang dapat dicapai bagi memudahkan urusan di antara Pejabat Bendahari dan PTAR UiTMCPP.

Kedua-dua belah pihak berharap perjumpaan ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan motivasi kepada staf di samping meningkatkan ilmu pengetahuan semua staf yang terlibat.

Penamatan Latihan Pelajar Praktikal


Bermula 4 September 2023 hingga 31 Januari 2024, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah menerima dua orang pelajar praktikal daripada UiTM Cawangan Kedah. Kedua-dua pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan ini telah menjalani latihan praktikal di setiap unit yang ada di perpustakaan selain membantu pengurusan program-program yang dijalankan di perpustakaan.

PTAR UiTMCPP ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cik Nur Sarah Iman binti Mohd Sukri dan Cik Nur Safiah binti Nordin. Semoga terus berjaya di dalam bidang yang diceburi selepas ini.




Kelas Digital Percuma Canva


31 Disember 2023 - Bertempat di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung kelas digital percuma berkenaan Canva serta pengenalan tentang "artificial intelligent" di dalam Canva. Kelas digital percuma anjuran PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Digital Penang ini merupakan kelas kedua yang telah diadakan selepas kelas "ChatGPT" yang diadakan pada tahun 2023.

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang awam ini telah dikendalikan oleh pengajar yang didatangkan khas daripada kumpulan Dah Digital?. Sepanjang 2 jam kelas berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan perkara asas Canva dan tip-tip berguna yang boleh diaplikasikan ketika menggunakan Canva. Sebelum kelas berakhir, para peserta diberikan tugasan untuk menyediakan satu poster promosi Dah Digital? sebagai latihan kefahaman.

Pasukan Dah Digital? juga turut disertai oleh Encik Khooi Chu Boon, Pengarah SME & Community Development, Digital Penang dan Encik Mohd Elias Akbar Md Ali, Pengurus SME & Community Development, Digital Penang. 





Program Al-Quran & STEM (Fasa 1 Siri 2)

Pada 23 Januari 2024, satu Program Al-Quran & STEM Fasa 1 Siri 2 telah diadakan di Ruang LCE (Library Community Engagement) PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh.

Program anjuran PJIM&A (Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) UiTMCPP dengan kerjasama oleh THB Maintenance Sdn. Bhd. ini telah dihadiri oleh seramai 46 orang pelajar SMK Dato' Kailan, Kepala Batas. Dengan tajuk "Melestarikan kandungan 'Digital Storytelling' di platform media sosial, para pelajar telah dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar UiTMCPP untuk menghasilkan video mengikut tajuk yang telah diberikan.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu turut dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBhg. Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, pengetua SMK Dato' Kailan, Kepala Batas, Tuan Haji Azhar Amanullah bin Ariffin dan wakil THB Maintenance Sdn. Bhd.




Resonance of Liberation : Save Palestine

 


"From the river to the sea, Palestine will be free" ... Terpanggil dengan isu semasa yang sedang berlaku sekarang dan sebagai menyokong kempen "Save Palestine", PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah bekerjasama dengan Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP untuk menganjurkan satu sesi mendeklamasi sajak yang bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTMCPP.

Seramai 17 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Elektrik telah mengambil bahagian di dalam sesi deklamasi sajak yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Cik Marni Jamil, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa selaku penaung program menyatakan objektif program ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kempen "Save Palestine" selain menyediakan platform untuk pelajar mengasah bakat "public speaking" mereka.

Turun hadir memeriahkan sesi deklamasi sajak ialah Timbalan Pustakawan Kanan, Tuan Haji Faizar bin Jaafar, Puan Noraziah Mohd Amin, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP dan pelajar-pelajar kelas Cik Marni Jamil.


Timbalan Ketua Pustakawan dan tetamu serta peserta bergambar sebelum sesi deklamasi sajak



Para peserta deklamasi sajak






 

Sesi UNI Tour : Program Engineering 101

12 Januari 2024 - Sempena dengan Program Engineering 101 anjuran Chemical Engineering Student Society (ChESS) dengan kerjasama Persatuan Ikatan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (i-MECHY), Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (PMKE) dan Penang Civil Engineering Student Society (PCES) UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu sesi lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCPP telah diadakan.

Para peserta lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar-pelajar daripada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah yang mengikuti Program Engineering 101 ini. Para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan telah diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP. Selain itu, peserta juga telah dibawa melawat di sekitar perpustakaan oleh staf Unit Perkhidmatan Pelanggan.






Blog Archive

News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES