Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Program Citra Merdeka

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Citra Merdeka yang berlangsung pada 12 September 2023.

Program kerjasama yang diadakan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala PTAR UiTMCPP dan Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang dalam penyaluran maklumat dan perkongsian ilmu khususnya yang melibatkan urusan arkib. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua belah pihak dengan komuniti setempat yang menyertai program.

Program Citra Merdeka dimulakan dengan Majlis Perasmian dengan kehadiran tetamu  jemputan antaranya YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) bersama isteri, YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang dan YBrs Encik Mohamad Shahriman Sahar, Pengarah Arkib Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang. Bersempena program ini juga, YBhg Rektor UiTMCPP telah berbesar hati menyumbang 2 buah buku iaitu Qawam Al-Din: Pada Menyatakan Pendirian Agama serta Sheikh Abdullah Fahim: Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik kepada PTAR Kampus Permatang Pauh. Sumbangan buku ini sebagai simbolik bagi memperingati ketokohan Sheikh Abdullah Fahim seorang ahli falak yang mencadangkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Seterusnya majlis diteruskan dengan perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengenai Pengkisahan Merdeka: Perjalanan yang Berliku. Sesi ini turut dikendalikan oleh Dr. Muhammad Arif Aizat Bashir, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu UiTMCPP selaku moderator. Tan Sri juga turut berbesar hati menyumbangkan 4 sajak nukilan beliau kepada PTAR UiTMCPP dan kemudiannya melawat pameran-pameran yang berlangsung diiringi Rektor UiTMCPP, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pengarah Arkib Negara Malaysia.




Kemeriahan aktiviti Pertandingan Mewarna Merdeka pada sebelah petang telah mengakhiri Program Citra Merdeka. Peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 4 tahun – 12 tahun daripada komuniti setempat sangat teruja dengan aktiviti yang disediakan di dalam perpustakaan. Melalui penglibatan komuniti dalam beberapa aktiviti yang telah disediakan secara tidak langsung dapat meningkatkan ketampakan perpustakaan serta ia dapat berfungsi sebagai hab sosial untuk individu yang terlibat.









Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM Cawangan Pulau Pinang

 


Program Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diadakan pada 11 September 2023 di perkarangan Pusat Islam Kampus Permatang Pauh. Ianya merupakan program kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga PTAR UiTMCPP. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat cintakan negara sekaligus dapat meningkatkan perpaduan integrasi nasional dalam kalangan staf UiTMCPP.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Dekorasi Merdeka, Pertandingan Fotografi Antara Jabatan, Aktiviti Rewang Memasak Merdeka, Sukaneka Permainan Rakyat serta Treasure Hunt Merdeka. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari bahagian dan jabatan di UiTMCPP. Pihak PTAR juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan fotografi dan beberapa acara dalam sukaneka permainan rakyat.

Majlis Perasmian Penutup bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTMCPP. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Sebelum program berakhir, semua staf yang hadir menikmati jamuan makan tengah hari iaitu nasi beriani dan gulai kambing yang dimasak secara rewang oleh AJK serta staf UiTMCPP sendiri.





Teambuilding PTAR UiTMCPP : Bekerja untuk ke Syurga

 


Pada 6 September 2023, warga PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan program "Teambuilding : Bekerja untuk ke Syurga" yang melibatkan semua staf perpustakaan. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah diadakan di Sedim Ceria Resort, Kulim, Kedah. Program kali ini telah melibatkan seramai 22 orang staf PTAR UiTMCPP.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara staf perpustakaan serta menjadi wadah untuk perkongsian maklumat dan pengalaman di antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan lebih rapat bersama Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP yang baru iaitu Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar.

Pengisian program dimulakan dengan sesi bersarapan bersama-sama sebelum persiapan untuk aktiviti berkumpulan yang telah disusun oleh AJK permainan. Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang ada. Selepas aktiviti berkumpulan selesai, satu perkongsian bertajuk 'Bekerja sebagai satu ibadah untuk ke syurga' telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar. Satu sesi perkenalan secara santai telah diadakan selepas itu di antara Timbalan Ketua Pustakawan bersama semua staf perpustakaan.



Program yang berakhir sebelum jam 4.00 petang ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terlibat dan juga sesi pertukaran hadiah sesama staf. Di harap program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang dengan pengisian yang bermakna untuk menyemarakkan semangat kerja berpasukan di perpustakaan.


 



Sesi 'Meet & Greet' bersama Puan Liza Suhana Ramli


Pada 18 Ogos 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Sesi Meet & Greet bersama Puan Liza Suhana Ramli. Beliau merupakan penulis buku-buku motivasi termasuk 'Oh My Students!' dan 'Hidup Biar Smart' di bawah naungan Penerbitan Bonda Nor Sdn Bhd.

Sesi kali ini telah diadakan pada hari Jumaat di LCE, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh dengan kehadiran lebih 25 orang staf UiTMCPP dan peserta luar. 

Sepanjang sesi, Puan Liza Suhana Ramli berbesar hati menandatangani buku-buku yang dibeli oleh para peserta sambil berkongsi tips dan maklumat tentang penulisan. Sesi berakhir jam 12.00 tengah hari.





Kunjungan hormat dan taklimat Yayasan Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ke UiTM Cawangan Pulau Pinang

Aktiviti di PTAR UiTMCPP pada 29 Ogos 2023

Kunjungan hormat dan taklimat Yayasan Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ke UiTM Cawangan Pulau Pinang.
 
Pada 29 Ogos 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah menjadi lokasi kunjungan hormat daripada YAWATIM. Pegawai-pegawai daripada YAWATIM diketuai oleh YM. Profesor Dato' Dr. Hj. Tengku Mahmud bin Tengku Mansor selaku Presiden PEYATIM dan Pengerusi YAWATIM. UiTM Cawangan Pulau Pinang diwakili oleh Profesor Madya Ts. Dr. Kay Dora binti Abd Ghani, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni.







News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES