Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Lawatan Penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka

Tajuk Program : Lawatan Penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka
Tarikh : 16 Julai 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Jumlah Peserta : 17 orang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan penandaarasan daripada PTAR UiTM Cawangan Melaka yang terdiri daripada 17 orang kakitangan pelbagai unit yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTAR Melaka, Puan Rozaimah Mat Sidek. Selepas minum pagi, rakan-rakan daripada PTAR Cawangan Melaka telah dibawa ke Bilik Mesyuarat  untuk mendengar sedikit taklimat tentang perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang ada di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Lawatan penandaaras ini bukan sahaja membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang cara kerja di cawangan masing-masing bahkan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan. Ini juga boleh dikatakan sebagai lawatan balas bagi lawatan penandaaras yang telah dijalankan oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ke PTAR Melaka pada tahun 2018 yang lalu.

Pelawat telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses-proses kerja di belakang tabir dijalankan dan melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang disediakan di PTAR.

Diharap lawatan ini mencapai objektif yang telah dirangka oleh PTAR Melaka dan diteruskan pada masa akan datang.













Program Read@Uni : Santai Ilmu@BookXcess, Gurney Paragon

Program : Read@Uni : Santai Ilmu@BookXcess, Gurney Paragon
Tempat : Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 4 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
Jumlah Peserta : 38 orang

Pada 4 Julai 2019 yang lepas, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu program iaitu Read@uni:Santai Ilmu@BookXcess yang bertempat di Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Program yang disertai oleh seramai 38 peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang julung kali diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan budaya membaca.

Program perkongsian ilmu secara santai ini memberi peluang kepada kakitangan UiTM untuk menggunakan peluang yang telah disediakan untuk mencari seberapa banyak bahan bacaan yang boleh dibaca untuk seisi keluarga.

BookXcess yang mula dibuka pada tahun 2006 untuk membantu masyarakat memupuk minat membaca di dalam kehidupan seharian. BookXcess menawarkan buku-buku baru pada harga yang jauh lebih murah sehingga 80% kepada semua pelanggannya. Buku-buku ini merupakan buku-buku terbitan yang tidak habis dijual dan dibeli secara pukal oleh syarikat untuk dijual pada harga jauh lebih murah kepada pembeli melalui jualan "online" dan di cawangan BookXcess. Setakat ini, terdapat 7 cawangan BookXcess di seluruh Malaysia iaitu di Cyberjaya, Ipoh, Penang, Amcorp Mall Petaling Jaya dan The Starling Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Subang Jaya.

Diharap program seumpama ini dapat menarik minat kakitangan UiTM untuk mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga dalam harga yang berpatutan dan memupuk semangat membaca tidak kira di tempat kerja ataupun di rumah.






Bergambar kenangan bersama Mr. Ong, pengurus BookXcess, Penang


Mendengar taklimat ringkas dan lawatan sekitar kedai buku











Program Read@uni : My Favourite Read

Program : Program Read@uni : My Favourite Read 

Tarikh : 14 Mei 2019 (Selasa)

Tempat : Sudut My Favourite Read, Aras Bawah, PTAR UiTMCPP


Aktiviti "My Favourite Read" diteruskan lagi minggu ini dengan pensyarah jemputan Puan Melati Desa yang hadir menyertai program bersama pelajar-pelajar kelas daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Selain daripada beliau, aktiviti ini juga disertai oleh beberapa orang pelajar yang sama-sama berkongsi cerita tentang buku yang telah mereka baca.


Berikut adalah senarai nama peserta "My Favourite Read" minggu ini :


Oleh : Puan Melati Desa

Fakulti : Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa

Judul Buku : Kampung Boy

Penulis : Lat


Oleh : Muhammad Syahmi Muhsin

Fakulti : Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Judul Buku : Dan... Mimpi Sama Berulang Kembali

Penulis : Yoru Sumino


Oleh : Nor Syahdani Zulkifli

Fakulti : Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Judul Buku : The Mysterious Affair At Style

Penulis : Agatha Christie


Oleh : Abdul Hafiz Zambri

Fakulti : Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Judul Buku : Rahsia Alam Jin & Syaitan

Penulis : Prof. Dr. Umar Sulaiman Al Asyqar


Oleh : Anis Hazirah Hisahuddin

Fakulti : Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Judul Buku : All About Japan

Penulis : Willamarie & Kazumi Wilds











My Favourite Read

Program : My Favourite Read
Tarikh : 30 April 2019, 2 Mei 2019, 9 Mei 2019
Tempat : Sudut My Favourite Read, Aras Bawah, PTAR UiTMCPP

Program My Favourite Read ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang sempena kempen Read@UNI yang sedang berlangsung. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk menggalakkan pengguna berkongsi cerita dan pandangan tentang buku yang telah dibaca kepada pengguna yang lain.


My Favourite Read dilaksanakan setiap hari Rabu dan terbuka kepada semua pengguna perpustakaan yang berminat. Berikut adalah beberapa segmen yang telah dilaksanakan sepanjang bulan April dan Mei 2019.

Puan Dian Aszyanti Athirah Mohd Asri
Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
30hb April 2019




Dr Kay Dora Abd Ghani
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Awam
Judul Buku : Mata Akal, Mati Hati
Profesor Dr Muhaya Mohamad





Muhammad Iskandar Haris
Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Judul Buku : Twilight Breaking Dawn
Stephenie Meyer





Megat Zainuddin Abd Aziz
Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Judul Buku : The Lord of the Ring, The Return of the King
J.R.R. Tolkien















Majlis Pelancaran Read@UNI PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Program : Majlis Pelancaran Read@UNI PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Aras Bawah PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 30hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Read@UNI bagi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Profesor Madya Dr. Johanudin Bin Lahap@Wahab.




Dalam majlis tersebut, PTAR juga telah melancarkan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2019 bersempena dengan Program Galakan Membaca yang dijalankan sempena kempen REad@UNI. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan telah dilancarkan ialah PTAR Reading Challenge di mana objektifnya adalah untuk mempromosikan bahan bacaan di perpustakaan dan menggalakkan pengguna membuat pinjaman dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga kampus. Di majlis pelancaran ini, beberapa buah buku PTAR telah dipinjam oleh Ketua-ketua Jabatan dan wakil MPP yang akan dibaca dan dipinjam secara berantai sehingga bulan Julai 2019.



Selain itu, majlis diteruskan dengan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang disertai oleh semua para hadirin. Sebelum acara tersebut dijalankan, semua hadirin dikehendaki untuk meminjam sebuah buku untuk dibaca selama 10 minit dan dibawa pulang untuk dibaca sehingga selesai.




Sebelum majlis berakhir, pelancaran Tabung Misi Iqra' telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Johanudin Bin Lahap@Wahab diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram. Misi Iqra' merupakan Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu usaha pihak Perpustakaan untuk menyumbang kepakaran bagi membangunkan perpustakaan serta menerapkan budaya membaca di kalangan masyarakat. Pada tahun ini, Misi Iqra' akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah.




Sepanjang bulan Mei 2019, Pameran Buku Bertema juga turut diadakan dengan tema Popular Authors, Popular Books untuk mempromosikan bahan di perpustakaan di samping menggalakkan pengguna meminjam dan membaca buku.





Selain itu, program My Favourite Read juga diadakan setiap hari Rabu, dua kali seminggu untuk menggalakkan pengguna berkongsi dengan orang lain tentang buku yang telah dibaca. 




Semoga semua aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan dapat memenuhi objektif yang telah digariskan serta mendapat sokongan dan penyertaan daripada semua pengguna perpustakaan.

News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES