Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Bengkel Asas Penulisan Kreatif

Pada 18 Ogos 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Kreatif bertempat di ruang "Library Community Engagement" (LCE), PTAR UiTMCPP. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Liza Suhana Ramli, yang merupakan penulis buku di bawah naungan rumah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan Bonda Nor Sdn. Bhd.


Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang serta peserta-peserta organisasi luar UiTM telah mengikuti bengkel yang berlangsung selama setengah hari ini. 

Antara objektif penganjuran bengkel ini ialah untuk mencungkil bakat baharu penulis novel/cerpen dalam kalangan warga kampus serta memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan novel/cerpen kepada para peserta. Bengkel ini juga diharap dapat menggalakkan peserta menzahirkan pemikiran kreatif dan kritis ke dalam bentuk penulisan berimpak tinggi. Ia juga diharap dapat mendedahkan dan menggalakkan warga kampus untuk menyertai aktiviti pembacaan dan galakan membaca.

Puan Liza Suhana telah berkongsi tips-tips untuk menjadi seorang penulis yang baik selain topik-topik berkaitan jenis-jenis penulisan, etika penulisan dan penulisan dakwah. Sesi bengkel juga diselangi dengan penceramah menjawab pertanyaan peserta tentang topik-topik yang berkenaan.

Bengkel diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan juga jualan buku-buku karya Puan Liza Suhana Ramli. Diharap bengkel asas penulisan kreatif ini dapat memberi pendedahan ke alam penulisan kreatif kepada para peserta.



 

Kempen 1 Staf 1 Buku

Pada 15 Ogos 2023, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Kempen 1 Staf 1 Buku ke pejabat bahagian-bahagian di Bangunan Perdana UiTMCPP. Kempen ini merupakan kesinambungan program "Mobile Library" di mana PTAR UiTMCPP membawa bahan bacaan ke tempat pengguna.

Antara objektif kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan staf UiTMCPP membuat pinjaman buku seterusnya memupuk tabiat suka membaca di kalangan mereka. Selain itu, kempen ini juga diadakan untuk menyebarluas maklumat tentang kemudahan perkhidmatan pelanggan yang disediakan seperti "Book Delivery Service", Mobile Apps dan penggunaan OPAC.

Tim Kempen 1 Staf 1 Buku memulakan kempen dengan mengunjungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan juga Pejabat Pentadbiran di Tingkat 8, Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pejabat-pejabat lain yang sempat dikunjungi termasuk Pejabat Rektor, Pejabat PJIA&M, Pejabat Bendahari dan Pejabat Infotech. Sebanyak 57 buah naskhah buku agama, motivasi dan novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dipinjam sepanjang 2 jam lebih kempen diadakan. Diharap kempen sebegini dapat mencapai objektif program yang telah digariskan.




Kunjungan ke Galeri Melayu Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara


Unit Arkib telah membuat sesi lawatan dan kunjungan ke Galeri Melayu Pulau Pinang dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara pada 3 Ogos 2023. Lawatan ini  telah disertai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi (Pustakawan Kanan), Puan Zuriada Basir (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Encik Mohd Roslan Rosli (Pembantu Pemuliharaan Kanan) dan Encik Muhammad Bukharie Hamzah (Pembantu Pemuliharaan), Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan warisan di Pulau Pinang serta mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan tentang penyediaan pameran bulan kemerdekaan. 

Galeri Melayu Pulau Pinang terletak di Jalan Hutton turut dikenali dengan nama Rumah Teh Bunga dibina sekitar tahun 1893. Terdapat galeri yang berbeza yang mempamerkan aktiviti perdagangan, agama, adat resam, barang kemas dan cara hidup orang Melayu Pulau Pinang.

Unit Arkib juga telah melawat ke Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara yang terletak di Kompleks Pustaka Warisan Negeri, Jalan P. Ramlee yang merangkumi tapak rumah tempat kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 



Lawatan Sambil Belajar Kolej Vokasional Nibong Tebal

Pada 3 Ogos 2023, PTAR UITMCPP telah menerima kunjungan daripada pelajar semester 1 Program Kesetiausahaan Pentadbiran & Program Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Nibong Tebal. Kehadiran pelawat ini adalah bersempena dengan Program Lawatan Sambil Belajar ke UiTM Cawangan Pulau Pinang anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Nibon Tebal.

Kehadiran seramai 30 orang pelajar bersama 2 pensyarah pengiring turut diraikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTMCPP dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Pelawat telah dibawa melawat sekitar PTAR UiTMCPP dan diberi taklimat ringkas oleh Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan PTAR UiTMCPP.

Terdahulu para pelawat telah diraikan di Unit Pengurusan Kolej & Non Resident (Dapur HEP, Ruang Bebas Stres “Bayu Kristal” dan Kemudahan Pelajar).




News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES