Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Taklimat Teknikal dan Hands on Migrasi Data Sistem WILS

Tarikh    : 4 - 8 September 2017 (Isnin - Jumaat)
Tempat  : Bilik Mesyuarat PTAR UiTMC Pulau Pinang/Pusat IT PTAR/Kaunter Pinjaman &                                     Pemulangan dan Unit Terlibat
Program : Taklimat Teknikal dan Hands on Projek Migrasi Data Sistem WILS Perpustakaan 
                   UiTM 



Pada 4 - 8 September 2017, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada pasukan teknikal dan pakar WILS (Web Based Library Information System) dari PTAR Shah Alam. Program yang berlangsung selama satu minggu ini melibatkan penerangan dan tunjuk ajar cara penggunaan Sistem WILS yang menggantikan Sistem ILMU. Dengan penggunaan Sistem WILS yang bercirikan "web based", segala perkhidmatan perpustakaan mudah diakses di mana-mana sahaja menggunakan pelbagai internet browser.

Puan Wan Izzatul Fahrah dan Encik Faizal sedang memberi taklimat teknikal sistem WILS






Sesi penerangan bersama Encik Bahroni Moojee

Sesi hands on di kaunter pinjaman dan pemulangan bahan

Sesi hands on di Unit Pengurusan Sumber Ilmu






MISI IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Bahagian 2

Tarikh   :  28 & 29 Ogos 2017 (Isnin & Selasa)
Tempat  :  Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Program :  Misi IQRA' PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

29 Ogos 2017 (Selasa)



Pada hari ke-2 program, kami lebih banyak menumpukan aktiviti-aktiviti bersama dengan 98 orang anak-anak yang berusia bawah 12 tahun. Program kami dimulakan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua kanak-kanak yang dibahgi mengikut kumpulan umur masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mengutip gula-gula (bagi kanak-kanak bawah 7 tahun), menyusun puzzle, isi air dalam botol dan suai padan bendera dengan negeri.

Selain aktiviti sukaneka, satu demo penjagaan gigi juga diadakan untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada kanak-kanak dalam penjagaan kesihatan gigi.

Majlis perasmian program Misi IQRA' ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali. Selepas majlis perasmian, Timbalan Rektor berbesar hati melawat pusat sumber yang telah dibangunkan dan melawat premis kediaman Kanak-kanak Taman Bakti.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan dan pertunjukan silap mata dan belon untuk kanak-kanak di Dewan Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas. Majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

Di harap program Misi IQRA ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan penambahbaikan ruang bacaan dan penambahan bahan bacaan dan seterusnya menggalakkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini lebih dekat dengan buku.


Acara Sukaneka




Demo menggosok gigi dan tayangan cerita pendek






Masa untuk makan ais krim dan ais kacang



Timbalan Rektor UiTM merasmikan Bilik Sumber dan beramah mesra dengan anak-anak




Staf-staf PTAR bergambar kenangan







MISI IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Bahagian 1

Tarikh  :  28 & 29 Ogos 2017 (Isnin & Selasa)
Tempat  : Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Program  : Misi IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

28 Ogos 2017 (Isnin)
Seramai 14 orang staf PTAR (Kampus Permatang Pauh dan Bertam) telah turun padang ke Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas untuk melaksanakan program "Make Over" pusat sumber. Make over ini tertumpu kepada usaha untuk membangunkan dan menambahbaik pusat sumber sedia ada dengan membuat dekorasi ringkas dan penambahan bahan bacaan.








Keadaan Pusat Sumber sebelum "make over" dijalankan. Oleh kerana bilik pusat sumber ini sudah sedia ada dengan kelengkapan asas dan masih dalam keadaan baik, kami mengambil keputusan untuk membuat penambahbaikan dari segi dekorasi dan penambahan bahan bacaan yang tidak mencukupi.





Kerja-kerja pembersihan, pemasangan kertas dinding dan poster serta penyusunan buku-buku baru di dalam almari giat dijalankan.


Staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terlibat dalam "make over" bilik sumber Rumah Kanak-kanak Taman Bakti.

to be continued...








News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Lawatan 34 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 3 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Physio Massage 1 PJIA&M 2 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 9 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 23 ptaruitmcpp 2 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 self taught 2 Senamrobik 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 2 staf PTAR 37 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Switch 1 Switch Apple 2 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 UHEI UiTMCPP 2 UiTMCPP 5 ulasan buku 1 Unit Arkib 2 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 2 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES