Majlis Pelancaran Read@UNI PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Program : Majlis Pelancaran Read@UNI PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Aras Bawah PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 30hb April 2019 yang lalu, telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Read@UNI bagi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Profesor Madya Dr. Johanudin Bin Lahap@Wahab.




Dalam majlis tersebut, PTAR juga telah melancarkan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2019 bersempena dengan Program Galakan Membaca yang dijalankan sempena kempen REad@UNI. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan telah dilancarkan ialah PTAR Reading Challenge di mana objektifnya adalah untuk mempromosikan bahan bacaan di perpustakaan dan menggalakkan pengguna membuat pinjaman dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga kampus. Di majlis pelancaran ini, beberapa buah buku PTAR telah dipinjam oleh Ketua-ketua Jabatan dan wakil MPP yang akan dibaca dan dipinjam secara berantai sehingga bulan Julai 2019.



Selain itu, majlis diteruskan dengan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang disertai oleh semua para hadirin. Sebelum acara tersebut dijalankan, semua hadirin dikehendaki untuk meminjam sebuah buku untuk dibaca selama 10 minit dan dibawa pulang untuk dibaca sehingga selesai.




Sebelum majlis berakhir, pelancaran Tabung Misi Iqra' telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Johanudin Bin Lahap@Wahab diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram. Misi Iqra' merupakan Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu usaha pihak Perpustakaan untuk menyumbang kepakaran bagi membangunkan perpustakaan serta menerapkan budaya membaca di kalangan masyarakat. Pada tahun ini, Misi Iqra' akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah.




Sepanjang bulan Mei 2019, Pameran Buku Bertema juga turut diadakan dengan tema Popular Authors, Popular Books untuk mempromosikan bahan di perpustakaan di samping menggalakkan pengguna meminjam dan membaca buku.





Selain itu, program My Favourite Read juga diadakan setiap hari Rabu, dua kali seminggu untuk menggalakkan pengguna berkongsi dengan orang lain tentang buku yang telah dibaca. 




Semoga semua aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan dapat memenuhi objektif yang telah digariskan serta mendapat sokongan dan penyertaan daripada semua pengguna perpustakaan.

Comments