UiTM Penang ISLAMIC HERITAGE FESTIVAL 1.0

 

UiTM Penang ISLAMIC HERITAGE FESTIVAL 1.0


Islamic Heritage Festival 1.0 2026 merupakan festival menarik yang mengetengahkan keindahan warisan Islam dari sudut ilmu, budaya dan gaya hidup. Program ini bertujuan memperkenalkan keunikan tamadun Islam kepada warga kampus dan komuniti dalam suasana yang santai, interaktif dan penuh informasi.

Melalui kerjasama antara PTAR dan ACIS, festival ini menjadi platform terbaik untuk menghayati khazanah Islam serta menyemai nilai ilmu dan budaya pembelajaran dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti pameran tamadun Islam, ceramah dan forum ilmiah, pertandingan Islamik, serta jualan produk dan makanan sunnah. Ayuh sertai kami untuk merasai pengalaman pembelajaran santai sambil menghayati keindahan warisan Islam!

















Tentaif Islamic Heritage Festival 2026!

Hari Pertama 26 Syawal 1447 Rabu 15/4/2026

Slot 1 Antara Ombak dan Doa: Pengkisahan Orang Melayu Meredah Lautan ke Tanah Suci”
Penceramah: PM Dr. Aiza Maslan@Baharudin , Pensyarah Kanan Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

Slot 2 Tabung Haji "Prosedur Terkini Pengurusan Ibadah Haji di Malaysia dan Arab Saudi" 
Penceramah : Saidatul Emira binti Yusoff, Pengurus TH Butterworth

Slot 3 : Podcast  Kembara Baitullah: Jejak Dhuyufurrahman
Panel : Dr Alhan Farhanah & Dr Yusli , Pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang
Moderater : Ustaz Hisyam Mohd Radzi

Malam ni Ustaz Don Daniyal don Biyajid 

Ustaz Don Daniyal don Biyajid 

Tajuk Bual Bicara Antara Nikmat & Ujian 
Penceramah Selebriti Ustaz Don Daniyal don Biyajid 
📅 15 April 2026 (Rabu)
⏰ 8.30 Malam
📍 Dataran PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Muslimin dan Muslimat semua di jemput hadir

*Hari Kedua 27 Syawal 1447 Khamis 16/4/2026*

Slot 4 : Taklimat "Advokasi Undang-Undang Jenayah Syariah Pulau Pinang
Penceramah : Ustaz Lukman Bin Harisafandi , Pegawai Penguatkuasa Agama, Bhgn Penguatkuasaan, JHEAIPP

Slot 5 : Bank Islam 
1. Penggunaan Debit Card Bank Islam-TH
Penceramah : En Roziman Kamis
Bank Islam - Deposit Relationship Manager PSP Region (Penang/Selangor/Perak)

2. Pembangunan Usahawan "RUANG & PELUANG " I-Tekad Bangkit & I-Tekad Maju”
Penceramah : Ust Pahrul Ridzuan Pahrul Razi
3. Taklimat Literasi Kewangan Bank Islam 
Penceramah : En. Mohamad Azlee Hj Ahmad Mahiudin Bank Islam - Business Development PSP Region (Penang/Selangor/Perak)


*Hari Ketiga 28 Syawal 1447 Jumaat 17/4/2026*

Slot 6 : Tabung Haji "Simulasi Bimbingan Ibadah Haji"
Penceramah : Dr. Muhammad Anas Ibrahim ,
Pensyarah Kanan ACIS & Pembimbing Bertauliah Tabung Haji

Slot 7 : Taklimat Zakat Harta, Pendapatan dan Emas
Penceramah : En. Muhamad Asyraf Abdul Wahab ,
Pengurus Besar, Jabatan Kutipan Zakat Zakat MAINPP





Comments