Ceramah Awal Muharram “Hijrah Menuju Ketaqwaan”
Program Ceramah Awal Muharram bertemakan “Hijrah Menuju Ketaqwaan” telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 04 Julai 2025. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai salah satu inisiatif pengisian rohani sempena kedatangan tahun baharu Islam. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahimi Zakaria, Pensyarah Pusat Pengajian Arab, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam, dan telah disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman warga kampus terhadap konsep hijrah yang sebenar ke arah pembentukan jati diri Muslim yang lebih berakhlak dan bertaqwa. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan diharapkan dapat memberi impak positif dalam memperkukuh nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian para peserta.


Comments
Post a Comment