CERAMAH AWAL MUHARRAM "HIJRAH MENUJU KETAKWAAN"
Program Ceramah Awal Muharram "Hijrah Menuju Ketakwaan" telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ceramah tersebut telah diadakan secara atas talian pada Jumaat, 4 Julai 2025, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, dan disiarkan melalui platform Facebook Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada warga kampus mengenai konsep hijrah yang sebenar serta pengukuhan ketaqwaan dalam kehidupan seharian. Program ini telah mendapat sambutan daripada warga universiti yang berpeluang menimba ilmu secara langsung melalui pautan siaran berikut: https://www.facebook.com/share/v/1CCCom4gD4
#ceramahmaalhijrah #UHEIUiTMCPP #PTARUiTMCPP #atastalian #libraryuitm


Comments
Post a Comment