Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama PTJ : Pejabat Pentadbiran, Kampus Permatang Pauh
Satu Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) telah diadakan pada Khamis, 3 Julai 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, bertempat di Pejabat Pentadbiran, Bangunan Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh). Sesi ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan penglibatan Pejabat Pentadbiran, Kampus Permatang Pauh sebagai kumpulan sasar.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberi penerangan serta perbincangan berkaitan pengurusan rekod dan arkib, khususnya melibatkan tatacara dan proses pelupusan rekod yang betul kepada PTJ. Program ini merupakan satu sesi perjumpaan dan perundingan secara langsung bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur pengurusan rekod selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.
Fokus utama sesi libat urus kali ini adalah berkaitan tatacara permohonan pelupusan rekod, di mana pihak PTAR telah berkongsi maklumat serta panduan bagi membantu PTJ memahami proses yang perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran PTJ terhadap kepentingan pengurusan rekod yang cekap dan berkesan.


Comments
Post a Comment