Lawatan Pelajar SMK Tat Beng Trong, Perak ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTMCPP

 


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menerima lawatan pendidikan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tat Beng Trong, Perak pada Isnin, 14 April 2025.

Lawatan yang berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini melibatkan seramai 40 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peranan dan fungsi perpustakaan akademik sebagai pusat sumber ilmu, penyelidikan dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diperkenalkan kepada kemudahan, perkhidmatan serta koleksi yang disediakan oleh PTAR UiTMCPP. Selain itu, sesi penerangan turut memberi fokus kepada penggunaan sumber maklumat bercetak dan digital, kemudahan ruang pembelajaran serta peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat.






Lawatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai suasana dan budaya pembelajaran di universiti, malah diharapkan dapat menyemai minat serta motivasi dalam kalangan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Pihak PTAR UiTMCPP mengalu-alukan penganjuran lebih banyak program lawatan pendidikan seumpama ini sebagai usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan serta menyokong pembangunan akademik generasi muda.

#lawatanberpandu #sekolah #uitmcpp #ptaruitmcpp #libraryuitm

Comments