Pengumpulan dan Pemindahan Perabot Terpakai Sokong Operasi Ruang Arkib Universiti UiTMCPP
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah melaksanakan proses pengumpulan dan pemindahan perabot terpakai dari UiTM Shah Alam bagi kegunaan Ruang Arkib Universiti UiTMCPP.
Proses pengumpulan perabot tersebut telah dijalankan pada 14 dan 15 April 2025 (Isnin dan Selasa) melibatkan beberapa lokasi utama di UiTM Shah Alam iaitu INTEC, INQA dan Unit Bendahari. Seramai enam orang staf PTAR UiTMCPP terlibat secara langsung dalam operasi ini bagi memastikan perabot yang dipilih sesuai dan selamat untuk digunakan semula.
Seterusnya, pada 17 April 2025 (Khamis), kerja-kerja mengangkat dan memindahkan perabot ke Ruang Arkib Universiti telah dilaksanakan di Kolej Zamrud, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Proses ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dan berjalan dengan lancar hasil kerjasama serta komitmen semua staf yang terlibat.


Comments
Post a Comment