Sesi Taklimat Sistem PERMATA Perpustakaan UiTM Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTMCPP

 


Seramai empat (4) orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menghadiri satu sesi taklimat ringkas berkaitan Sistem PERMATA Perpustakaan UiTM yang berlangsung di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCPP.

Sesi taklimat yang diadakan dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP, bersama Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan, Unit Perpustakaan Digital PTAR UiTMCPP.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada wakil pelajar mengenai fungsi, peranan serta kelebihan Sistem PERMATA sebagai platform pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan digital UiTM. Selain itu, sesi ini turut membuka ruang perbincangan dua hala antara pihak perpustakaan dan wakil pelajar bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan.





Kehadiran ahli Majlis Perwakilan Pelajar dalam sesi ini mencerminkan komitmen bersama antara pihak perpustakaan dan pelajar dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran digital serta menyokong transformasi perkhidmatan maklumat di UiTMCPP.

Diharapkan perkongsian ilmu melalui sesi taklimat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan seterusnya membantu mempromosikan penggunaan Sistem PERMATA dalam kalangan warga UiTMCPP.

#PERMATAPTAR #PTARUiTMCPP #libraryuitm #MPPUiTMCPP #taklimat



Comments