DIY@LIBRARY: CIPTA KREATIF, JAGA ALAM DI PERPUSTAKAAN DESA PERMATANG PAUH
Pulau Pinang, 6 November 2025 – Program DIY@Library: Cipta Kreatif, Jaga Alam telah berlangsung di Perpustakaan Desa Permatang Pauh dengan penyertaan 50 pelajar SJKC Lay Keow dan 15 ahli Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang yang bertindak sebagai fasilitator dan jawatankuasa pelaksana.
Program anjuran bersama Kelab Sukarelawan Perpustakaan UiTMCPP, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan Perpustakaan Desa Permatang Pauh ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kitar semula serta memupuk kreativiti pelajar melalui aktiviti berasaskan bahan terpakai.
Antara aktiviti utama termasuk taklimat kesedaran kitar semula dan demonstrasi upcycle oleh wakil Unit Upcycle MBSP, pameran hasil upcycle, bengkel DIY projek kreatif menggunakan bahan terpakai, serta persembahan hasil DIY setiap kumpulan. Majlis penutup diserikan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan UiTMCPP, dan ucapan perasmian penutupan oleh Encik Muhammad Hamdi Md Noor, Penyelaras Kadun Permatang Pasir.
Program ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui amalan kitar semula dan gaya hidup lestari, sambil menyemai semangat kreativiti dan cintakan alam dalam kalangan generasi muda.


Comments
Post a Comment