MEET & GREET PTAR BERSAMA PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI UiTMCPP
Pulau Pinang, 24 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan sesi Meet & Greet bersama warga Pengajian Kejuruteraan Awam di Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh pada jam 9.00 pagi.
Sesi ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan baharu PTAR, termasuk panduan penggunaan Portal PERMATA, serta menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama dan mendapatkan maklum balas daripada warga fakulti bagi penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.
PTAR menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan inovatif dan mesra pengguna bagi menyokong kecemerlangan akademik warga UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Comments
Post a Comment