PROGRAM DIY LITTLE SAKURA DI PTAR UiTMCPP


Pulau Pinang, 13 November 2025 – Program DIY Little Sakura telah berlangsung di UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan sambutan menggalakkan daripada warga kampus. Program ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Fadzly bin Mohd Azhar, pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan yang juga merupakan sukarelawan perpustakaan, dibantu oleh pelajar latihan industri dari Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kedah.








Dalam sesi tersebut, peserta berpeluang mempelajari teknik membuat bunga sakura melalui aktiviti DIY yang mudah dan kreatif. Program ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut memberi pengalaman baharu kepada peserta untuk meneroka kemahiran seni dan aktiviti kreatif secara santai dan berinspirasi.



Comments