VISI, MISI, FALSAFAH DAN OBJEKTIF (VMFO) BAHARU UiTM

 

“Menjulang Ilmu, Membina Adab, Mencipta Keunggulan”

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melangkah ke hadapan dengan pengenalan Visi, Misi, Falsafah dan Objektif (VMFO) baharu yang berteraskan keilmuan, pembentukan adab serta penguasaan kepakaran.

VMFO baharu ini mencerminkan komitmen UiTM dalam melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan profesional, malah berakhlak mulia serta mampu menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara.

Berpaksikan prinsip menjulang ilmu, membina adab dan mencipta keunggulan, VMFO ini menjadi panduan strategik kepada seluruh warga UiTM dalam memperkukuh ekosistem pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan ke arah kecemerlangan berterusan.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi UiTM untuk kekal relevan, berdaya saing dan berperanan sebagai institusi peneraju dalam pembangunan modal insan bumiputera serta kemajuan negara.

Comments