DIGITAL WORKSHOP WITH APPLE IPAD DI PTAR UiTMCPP
Pulau Pinang, 4 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Digital Workshop with Apple iPad bagi staf dan pelajar kampus. Bengkel ini bertujuan memperkenalkan teknik pembelajaran terkini menggunakan iPad dan mendorong inovasi dalam pembelajaran digital.
Bengkel selama satu jam yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang ini menawarkan peluang unik kepada peserta untuk memanfaatkan teknologi iPad secara langsung. 20 peserta terawal yang mendaftar turut disediakan iPad untuk digunakan sepanjang sesi bagi memaksimumkan pengalaman pembelajaran interaktif.
Program ini diharap dapat meningkatkan kemahiran digital warga kampus serta mendorong penggunaan teknologi secara kreatif dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Comments
Post a Comment