GRAND FINALE BATTLE ARENA UNIVERSITY SERIES 2/2025 DI PTAR UiTMCPP

 

Pulau Pinang, 4 Disember 2025 – UiTM Cawangan Pulau Pinang, melalui Kelab Varsity eSports & Gamers Alliance (VEGA) dengan kerjasama PTAR Kampus Permatang Pauh, telah berjaya menganjurkan Grand Finale Battle Arena University Series 2/2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Permatang Pauh.

Kejohanan ini menghimpunkan pemain terbaik kampus dalam tiga e-sukan kompetitif, iaitu eFootball, Mobile Legends: Bang Bang, dan PUBG Mobile. Finale ini menandakan kemuncak kepada pusingan saringan dalam talian serta separuh akhir fizikal yang telah berlangsung sebelum ini di Bilik 16 Jam PTAR.




Program ini bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal dan komunikasi pelajar, malah turut menjadi platform membangun jaringan industri dan mengangkat perkembangan e-sukan di peringkat IPT. Acara ini turut disokong rakan kolaborasi dan penaja hadiah termasuk Switch, Urban Republic, Persatuan eSports Negeri Sembilan, dan Aftech Construction Sdn. Bhd.

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang, serta terima kasih kepada warga kampus yang hadir memeriahkan acara ini.

Comments