PROGRAM EMPOWERING UMMAH IN 3F DI PTAR UiTMCPP
Pulau Pinang, 2 Disember 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan program Empowering Ummah in 3F (Fatwa, Faith & Financial) yang dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy bin Razali, yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program anjuran ACIS dengan kerjasama PTAR ini bertujuan memperkukuh kefahaman warga kampus dalam aspek fatwa, ibadah haji, sejarah, dan kewangan Islam. Empat slot utama disampaikan oleh penceramah dari Tabung Haji, USM, Pejabat Mufti, dan Zakat Pulau Pinang.
Selain sesi ilmiah, program turut menyediakan booth Tabung Haji dan Zakat, konsultasi haji, taksiran zakat, serta pameran khas sejarah haji. Program ini berjaya menarik penyertaan ramai warga kampus, khususnya pelajar, sekaligus menyokong usaha memperkasa ilmu dan kesedaran kewangan Islam.


Comments
Post a Comment