SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD & ARKIB PERKUKUH TADBIR URUS UNIVERSITI

 

PERMATANG PAUH – Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh tatacara pelupusan serta penyerahan rekod penting universiti, selaras dengan keperluan pematuhan piawaian pengurusan rekod yang ditetapkan.

Sesi ini dikendalikan oleh Unit Arkib Cawangan di bawah pimpinan Puan Farleen Azrina Zamberi dan bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan fail, memperkemas proses pelupusan rekod tidak aktif serta memastikan rekod universiti diurus secara sistematik, telus dan berintegriti.






Selain sesi perbincangan dan penerangan, program ini turut melibatkan lawatan ke Bilik Fail bagi menilai amalan pengurusan fail semasa di setiap bahagian terlibat, di samping memberikan panduan praktikal berkaitan pelupusan dan penyerahan rekod universiti.

Antara bahagian yang telah terlibat dalam sesi libat urus ini ialah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni pada 5 November 2025, Bahagian Hal Ehwal Akademik pada 21 November 2025, Bahagian Bendahari pada 25 November 2025 serta Bahagian Infostruktur pada 28 November 2025.

Penganjuran sesi ini diharap dapat menyokong usaha universiti dalam memperkukuh tadbir urus rekod yang lebih cekap dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada pengurusan organisasi yang berdaya saing dan berintegriti.

Comments