PROGRAM APB BERSAMA ALUMNI UiTM: LCC502 COLLABORATIVE TEACHING LECTURE

 


PROGRAM APB BERSAMA ALUMNI UiTM: LCC502 COLLABORATIVE TEACHING LECTURE
📅 9 Januari 2026
⏰ 2.45 petang
📍 Anjuran APB dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Program LCC502 Collaborative Teaching Lecture telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan Alumni UiTM sebagai penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad Faris bin Kadir dan Encik Nurul Akmal bin Zabaruddin, yang berkhidmat di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan bagi menyokong pelaksanaan kursus LCC502, yang menekankan kemahiran komunikasi akademik dan profesional khususnya kepada pelajar kejuruteraan.
Melalui perkongsian yang disampaikan, para pelajar didedahkan kepada keperluan sebenar industri, teknik temuduga yang berkesan serta kepentingan kemahiran interpersonal dalam alam kerjaya kejuruteraan. Inisiatif ini memberi nilai tambah kepada pembelajaran bilik kuliah dengan menghubungkan teori akademik kepada pengalaman dunia sebenar.
Program ini selari dengan aspirasi UiTM dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing serta memenuhi kehendak dan keperluan industri.

Comments