Program Kesihatan dan Kecergasan Warga PTAR
Program Kesihatan dan Kecergasan Warga PTAR
Sub-Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja PTAR telah berjaya menganjurkan Program Kesihatan dan Kecergasan Warga PTAR pada 26 Januari 2026 bertempat di Taman Botani, Pulau Pinang dengan penyertaan warga staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan staf, mengurangkan stres, serta mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan seimbang.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Hj. Ahmad Faizar Jaafar, diikuti pelbagai aktiviti menarik seperti senam regangan, senam aerobik, “brisk walk”, serta penyampaian Anugerah Staf Paling Sporting & Bertenaga. Turut menceriakan suasana ialah aktiviti “Alphabet Food Swap” yang menggalakkan pertukaran serta perkongsian makanan secara kreatif dalam kalangan peserta.


Comments
Post a Comment