Program Literasi Sekolah: Speed Reading

 


Program Literasi Sekolah: Speed Reading
📅 7 Januari 2026
⏰ 9.15 pagi – 10.30 pagi
Bersempena dengan penganjuran EduFun Holiday Camp 2026 yang lepas, PTAR Kampus Permatang Pauh telah melaksanakan sesi Speed Reading yang memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai teknik bacaan pantas dan berkesan. Sepanjang sesi ini, para peserta diperkenalkan dengan konsep asas speed reading serta kepentingannya dalam meningkatkan kefahaman dan tumpuan semasa membaca.
Peserta turut menjalani beberapa latihan merangsang pergerakan mata dan minda, yang membantu meningkatkan fokus, kelajuan membaca serta daya konsentrasi. Aktiviti interaktif ini dilaksanakan dalam suasana santai dan menyeronokkan, sekali gus berjaya menarik minat murid-murid untuk lebih yakin dan bersemangat dalam aktiviti pembacaan.
Diharapkan pendedahan ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada peserta dan menjadi asas kepada tabiat membaca yang lebih efektif pada masa akan datang.

Comments